Thursday, August 8, 2019

Aktiviti Guru Penyayang : Sambutan Hari Lahir Murid Sesi Pagi dan Sesi Petang (Bulan Jun, Julai dan Ogos)



Syukur Alhamdulillah… Dengan izin-Nya Majlis Sambutan Hari Lahir bagi murid-murid sesi pagi dan petang yang lahir pada bulan Jun, Julai dan Ogos dapat dijalankan dengan meriah dan lancar sekali. Terima kasih kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Unit Guru Penyayang atas kerjasama dalam memastikan majlis dapat berjalan sebagaimana yang dirancang.  


Majlis pada sesi pagi telah disempurnakan oleh Puan Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) manakala sesi petang disempurnakan oleh Pn Jumilah bt Ahmad (Penolong Kanan Petang)

Seperti biasa, majlis sambutan hari lahir dimulakan dengan ucapan pengacara majlis, diikuti bacaan doa mohon keberkataan majlis dan doa khas untuk murid-murid yang diraikan. Seterusnya, penyampaian hadiah oleh Guru Besar & PK Petang. Akhir sekali, sesi bergambar dan nyanyian lagu "Selamat Hari Jadi" bersama-sama.

Terima kasih juga kepada para ibu bapa yang turut memeriahkan majlis dengan menyumbangkan kek untuk sama-sama dinikmati oleh anak-anak ini. Semoga tuan / puan terus dimurahkan rezeki. 

Antara gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung. 

Penyampaian tanda ingatan kepada murid yang dirai (sesi pagi)
   





Semoga kejayaan sentiasa mengiringi langkahmu....

No comments:

Post a Comment