Monday, August 26, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-31 (Sesi Pagi)

Tarikh         : 26 Ogos 2019
Hari            : Isnin
Masa          : 7.30 pagi
Tempat       : Dataran Perhimpunan, SK Taman Putra Perdana
Pengacara Majlis   :   Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif

Senarai Guru Bertugas : 
  1. Encik Hafiz Bin Md. Noor (Ketua)
  2. Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif
  3. Puan Azwani Binti Mohamed Noordin @ Noordin
  4. Puan Roslina Binti Jafar
  5. Puan Siti Rabiaah Binti Mohammad
  6. Puan Noorayuni Binti Ab. Fatah
  7. Puan Nurul Izziani Binti Mohd Latif
  8. Puan Fatin Huzaikka Binti Abdul Aziz
Barisan guru bertugas pada minggu ini.


Agenda :

1Nyanyian, Bacaan Doa, Bacaan Ikrar.
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Selangor dan lagu Sekolah
  • Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal (6 Tabla)
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif.
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhammad Syami Wafiq bin Shahril Nizam (6 Tabla)
Bacaan doa oleh Adik Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal

Bacaan ikrar oleh Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif

Bacaan ikrar murid oleh Adik Muhammad Syami Wafiq bin Shahril Nizam
 2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas - Puan Noriza binti Md. Nor
  • Murid diingatkan untuk menjaga kebersihan dan kekemasan bilik persalinandan tidak menggunakan bilik tersebut untuk makan.
  • Guru mengucapkan tahniah kepada seorang murid perempuan yang mengutip sampah di jalanan sekolah. Murid tersebut dijadikan contoh kepada murid lain atas keprihatinannya menjaga kebersihan kawasan sekolah.
  • Murid diingatkan supaya memulangkan semula kerusi yang dipinjam dari kelas lain sebelum pulang ke rumah. 

3. Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini  - Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif
  • Tema : Saya Anak Malaysia
  1. Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tujuyang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini.
  2. Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh itu Jalur
  3. Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam
  4. mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi
  5. menjaga nama dan menaikkan imej negara.
  6. Warna Merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.
  7. Warna Putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan,
  8. Warna Biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala
  9. Warna Kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.
Perkongsian ilmu oleh Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif

4. Penyampaian Sijil – Puan Nurhayati binti Mohamed Nor
  • Pengumuman dan ucapan ribuan tahniah kepada  murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dijemput membuat persembahan pada Program Keibubapaan Anak Istimewa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daerah Sepang pada 24 Ogos (Sabtu) yang lalu. 
  • Tajuk Persembahan: Arnab & Kura-Kura
  • Peserta/Watak:
  • Pencerita = Najib Haikal
  • Arnab = Munirah Wafiah
  • Kura-kura = Najmuddin
  • Pokok = Elyana & Aqilah
  • Monyet = Malik
  • Zirafah = Israal
  • Beruang = Aidil & Qistina
  • Rusa = Faris Izzuddin
  • Penyampaian sijil penghargaan disempurnakan oleh Guru Besar SKTPP; Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali.
Sesi bergambar murid PPKI bersama pentadbir dan guru pengiring

 5. Penyampaian Sijil – Puan Zailezah binti Sardi
  • Pengumuman dan ucapan ribuan tahniah kepada  murid-murid tahun 6 yang cemerlang dalam Ujian Percubaan 2 yang telah dilaksanakan pada 23 Julai hingga 2 Ogos yang lalu. 
  • Seramai 5 orang murid mendapat 6A, 7 orang murid mendapat 5A dan 18 orang murid mendapat 4A. 

Sesi bergambar murid mendapat keputusan 6A bersama pentadbir

Sesi bergambar murid mendapat keputusan 6A, 5A, dan 4A bersama pentadbir.

6. Ucapan pentadbir - En. Shahrizal bin Ya'am (PK kokurikulum)
  • Murid diingatkan supaya tidak menggunakan bilik persalian lelaki/perempuan.
  • Murid diingatkan sebelum meninggalkan kelas atau bilik-bilik khas supaya menutup semua suis elektrik. 
  • Memaklumkan pada hari Rabu 28 Ogos, sekolah akan digunakan untuk kejohanan KATMO Kriket. Segala aktiviti padang tidak dapat dijalankan. 
  • Seterusnya, murid yang terlibat dengan latihan sukan perlu patuhi masa yang ditetapkan dan mendengar arahan jurulatih.
  • Untuk minggu ini, temanya ialah Sivik
Encik Shahrizal memberi ucapan
Disediakan oleh: Pn. Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz

No comments:

Post a Comment