Monday, August 19, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-30 (Sesi Pagi)

Tarikh     : 19 Ogos 2019
Hari        : Isnin
Masa       : 7.30 pagi
Tempat    : Dataran Perhimpunan, SK Taman Putra Perdana
Pengacara Majlis : Puan Norliza Binti Ali@Yasim

Senarai Guru Bertugas:

  1. Encik Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin
  2. Puan Norliza Binti Ali@Yasim
  3. Puan Musaliha Binti Mustafa
  4. Puan Nurul Iman Binti Illyas
  5. Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
  6. Puan Noor Hanawati Alinda Binti Abd Taib Puruji
  7. Cik Mawaddah Binti Kamarulzaman
  8. Cik Syahirah Binti Tumar

AGENDA

1. Perarakan Masuk dan Kawad Kaki dari Unit Beruniform Persatuan Puteri Islam Malaysia.

  • Perhimpunan dimulakan dengan perarakan masuk dan kawad kaki daripada Unit Beruniform Persatuan Puteri Islam Malaysia.
  • Pasukan kawad kaki diketuai oleh Alma (6 Nafiri) yang kemudian melaporkan diri kepada Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali.
  • Pasukan kawad kaki ini kemudian bertanggungjawab untuk menaikkan ketiga-tiga bendera iaitu bendera Malaysia, bendera Negeri Selangor dan bendera sekolah sewaktu nyanyian lagu dipasang.

Pasukan Kawad Kaki Unit Beruniform Persatuan Puteri Islam Malaysia bersiap sedia untuk menaikkan bendera

Ketua melaporkan diri kepada Guru Besar, SK Taman Putra Perdana Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali

Pasukan Kawad Kaki bersedia untuk menaikkan bendera

2.    Nyanyian Lagu, Bacaan Doa dan Bacaan ikrar.

  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah telah dipimpin oleh Abby Nurul Elyana Binti Yahaya (6 Kompang)
  • Bacaan doa telah dipimpin oleh Adik Muhammad Syami Wafiq bin Shahril Nizam (6 Tabla)
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Norliza Binti Ali@Yasim.
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal (6 Tabla)

Abby Nurul Elyana Binti Yahaya mengetuai nyanyian lagu
Murid membaca doa 



Puan Norliza Binti Ali@ Yasim mengetuai bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya

Murid mengikut bacaan ikrar oleh guru bertugas

Bacaan Ikrar Pelajar dipimpin oleh Muhammad Ammar Bin Muhammad Rizal

3. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas – Puan Parimala a/p Vengadaslam

  • Murid diingatkan agar menjaga kebersihan kelas termasuk di kawasan kaki lima kelas masing-masing. Pastikan murid membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan, dan pastikan jangan meninggalkan sebarang sampah selepas selesai sesuatu majlis / aktiviti atau sebelum berakhirnya sesi pembelajaran. Selain itu, jadual kebersihan kelas yang telah disediakan oleh guru kelas perlu dipatuhi agar kebersihan kelas terjaga.
  • Susun atur meja dan kerusi perlu sentiasa kemas supaya murid dapat belajar dalam suasana yang baik dan kondusif.
  • Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, setiap murid perlu menjaga keselamatan diri. Murid dilarang berlari ke sana sini tanpa arah tujuan. Manakala semasa menaiki dan menuruni tangga, jangan menarik beg rakan-rakan di hadapan kerana dibimbangi akan jatuh dan mengakibatkan kecederaan. 


Puan Parimala A/P Vengadaslam memberikan laporan bertugas pada minggu lepas


Keputusan Keceriaan Kelas:

Kelas PPKI

Tempat Pertama      : Petanque
Tempat Kedua          : Aquatic
Tempat Ketiga           : Bowling

Tahun 4

Tempat Pertama      :  Dedikasi
Tempat Kedua          :  Harmoni
Tempat Ketiga           :  Jujur

Tahun 5

Tempat Pertama      : Vanadium
Tempat Kedua          : Ferum
Tempat Ketiga           : Titanium

Tahun 6

Tempat Pertama      : Gambus
Tempat Kedua          : Tabla
Tempat Ketiga           : Canang

Pemenang Tempat ketiga bagi kelas PPKI 

Pemenang tempat Pertama bagi kelas terbersih PPKI

Pemenang Tempat Pertama bagi kelas terbersih Tahun 4

Pemenang Tempat Pertama bagi kelas terbersih Tahun 5

Pemenang Tempat Pertama bagi kelas terbersih Tahun 6

4.  Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini  - Puan Puan Norliza Binti Ali@Yasim


  •  Tema: Akhlak Mulia Murid Berjaya 
  • Guru mengingatkan murid agar sentiasa menunjukkan sikap dan akhlak yang mulia antara satu sama lain.
  • Dalam konteks sekolah, murid perlulah menunjukkan akhlak yang baik terhadap guru-guru. Antara akhlak mulia yang boleh ditunjukkan adalah seperti berikut:

·         Memberi salam atau tanda hormat sewaktu berjumpa dengan guru.
·         Menawarkan diri memberi pertolongan kepada guru sekiranya diperlukan.
·         Jangan bercakap sewaktu guru sedang mengajar di hadapan kelas.
·         Menjaga air muka guru.

  •       LAWAD

·    Bahasa Melayu : Lemah gemalai yang bermaksud melenggok-lenggok manis  (gerak tubuh seseorang gadis)
·         Bahasa Inggeris : handball yang bermaksud bola baling
·         Bahasa Arab      : مكرونة  yang bermaksud mee

Barisan guru bertugas pada minggu ini

5.  Majlis Penyampaian Sijil – Puan Noor Hayati Binti Yusof

  • Beberapa orang murid PPKI telah menyertai Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas Kali Ke-3 (3rd Selangor Agoonoree) Peringkat Negeri Selangor.
  • Perkhemahan tersebut telah berlangsung selama 4 hari bermula 6 Ogos 2019 hingga 9 Ogos 2019.
  • Antara aktiviti yang dijalankan semasa program adalah seperti mencari remis, menangkap kambing, pertolongan cemas dan banyak lagi.
  • Penyampaian sijil disempurnakan oleh Guru Besar SKTPP Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali.


Puan Noor Hayati Binti Yusof mengendalikan sesi penyampaian sijil bagi program PPKI

Sijil yang diperolehi peserta program

Guru Besar menyampaikan sijil kepada para peserta

Guru Besar turut memberikan sijil penghargaan kepada guru pengiring iaitu Puan Nurhayati Binti Mohamed Nor

Guru Besar turut memberikan sijil penghargaan kepada guru pengiring iaitu Puan Noor Hayati Binti Yusof

Peserta bergambar kenangan bersama Guru Besar dan PK Kokurikulum, Encik Shahrizal Bin Ya'am

6.  Majlis Penyampaian Sijil – Puan Umi Nazrah Binti Saharoni

  • Pada 17 Julai 2019, pasukan nasyid sekolah telah menyertai pertandingan Nasyid di bawah Karnival Akademik Penyelidikan dan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2019.
  • Pertandingan nasyid ini dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Islam dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Puan Umi Nazrah Binti Saharoni mengendalikan sesi penyampaian sijil penyertaan kepada peserta Nasyid.

Sijil penyertaan yang diperolehi oleh peserta Nasyid

Peserta menerima sijil penyertaan daripada Guru Besar diiringi oleh PK Kokurikulum, Encik Shahrizal Bin Ya'am

Peserta menerima sijil penyertaan daripada Guru Besar diiringi oleh PK Kokurikulum, Encik Shahrizal Bin Ya'am

Peserta menerima sijil penyertaan daripada Guru Besar diiringi oleh PK Kokurikulum, Encik Shahrizal Bin Ya'am

Peserta Nasyid bergambar kenangan bersama Jurulatih dan barisan pentadbir

7. Ucapan Pentadbir – Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali (Guru Besar)


Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali menyampaikan pesanan dan amanat kepada para pelajar

  • Setiap murid perlu menjaga tingkah laku yang baik di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.
  • Murid-murid perlulah hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu dan patuh kepada segala arahan yang disampaikan oleh guru.
  • Sempena bulan kemerdekaan, ucapan tahniah diucapkan kepada pekerja pembersihan yang telah membuat persediaan dalam menyambut bulan kemerdekaan ini dengan memasang bendera di pagar dan kaki lima kelas. Diharapkan agar semua murid bersama-sama menjaga bendera yang telah dipasang dan tidak menyentuhnya.
  • Pihak sekolah akan merangka sambutan kemerdekaan supaya nilai patriotik dapat disemai dan murid akan lebih bersemangat.
  • Besar harapan pihak sekolah agar murid-murid terus fokus untuk melibatkan diri dalam setiap program yang dianjurkan oleh sekolah.
  • Makluman kepada semua guru dan murid, pada hari jumaat ini Majlis Bacaan Yassin, solat hajat dan ceramah motivasi Tahun 6 Fasa 2 bagi tahun ini akan diadakan sebagai persiapan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Kehadiran bagi semua murid Tahun 6 dan ibu bapa adalah digalakkan bagi menunjukkan sokongan dan kesediaan murid dan juga ibu bapa dalam mempersiapkan diri dari aspek ilmiah dan kerohanian.
Perhimpunan mingguan tamat pada jam 8.30 pagi.

"UJANA ILMU WADAH KECEMERLANGAN"

No comments:

Post a Comment