Monday, August 5, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-29 (Sesi Petang)

Tarikh : 5 Ogos 2019
Hari     : Isnin
Masa    : 1:20 Tengah hari
Tempat : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

Pengerusi Majlis: Puan Nor Holwani Binti Yahaya

Senarai guru bertugas:
1. Encik Aizil Hasyimi Bin Abdul Rahman
2. Puan Nor Latipah Binti Che Yusoff
3. Puan Maizara Binti Mahat
4. Puan Nik Rosmaliza Binti Nik Hussain
5. Puan Nashirah Binti Taib
6. Puan Rohani Binti Mansor

Barisan guru bertugas


Laporan :

1. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

2. Bacaan doa oleh pengawas bertugas.

3. Bacaan ikrar oleh guru bertugas.

Bacaan ikrar oleh Cikgu Holwani

4. Bacaan ikrar oleh adik Adlyna Ryhana binti Mohd Rozeme (Ketua Pengawas).

Ikrar murid

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
  • Murid-murid diingatkan supaya tidak berlari-lari kerana boleh mendatangkan kecederaan.
  • Murid yang kurang sihat diingatkan supaya tidak hadir ke sekolah
  • Murid-murid diingatkan tidak meminjam wang daripada kawan kerana boleh mendatangkan salah faham ibu bapa
Cikgu Azizah menyampaikan laporan minggu lepas

6. Tema Ucapan Minggu Ini: Semangat Perpaduan 
  • Sekolah memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan yang sangat penting untuk  mengekalkan keharmonian rakyat dan keamanan Negara.
  • Nilai murni harus ditekankan dalam kalangan murid seperti hormat menghormati, bertoleransi, bertolak-ansur dan bersopan-santun.
    Aktiviti kokurikulum yang melibatkan murid pelbagai kaum dapat memupuk semangat perpaduan.
  • Melalui interaksi antara kaum, kita dapat memahami adat resam dan budaya kaum lain. Ini dapat mengikis sikap prasangka terhadap kaum lain

    LAWAD
    Bahasa Melayu – menjulang
    Bahasa Inggeris – hill
    Bahasa Arab – haatifun
8.Hadiah Keceriaan Kelas
    Tahun 1
    1. Windows
    2. Oracle
    3. Unix

    Tahun 2
    1. Samsung
    2. Oppo
    3. Vivo

    Tahun 3
    1. Al-Farabi
    2. Al-Biruni
    3. Ibnu Bajjah

 
Tahniah kepada pemenang-pemenang keceriaan kelas bagi minggu ini.

9. Ucapan  oleh Puan Jumilah Bt Ahmad (Penolong Kanan Petang)

  •  Teguran kepada murid yang menaiki van sekolah untuk pulang ke rumah supaya dapat menunggu van sekolah pada masa yang ditetapkan.
  • Murid yang datang awal ke sekolah diingatkan supaya tidak bermain di kaki lima kelas kerana ini boleh mengganggu murid sesi pagi yang sedang belajar.
  • Ingatan memakai pas keluar kelas untuk ke tandas atau tempat-tempat lain ketika waktu pembelajaran.
  Perhimpunan bersurai pada 2.00 petang. 

Laporan oleh:
Nor Holwani bt Yahaya

No comments:

Post a Comment