Wednesday, August 28, 2019

Kempen Keselamatan Jalan Raya

Pada hari ini SK Taman Putra Perdana telah dikunjungi oleh Pasukan shellselamatsampai SMK Putra Perdana untuk melaksanakan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kerana memilih SKTPP untuk menjalankan kempen ini.

SMK Putra Perdana telah terpilih untuk bertanding dalam pertandingan schoolchallenge shellselamatsampai. Pertandingan ini dianjurkan oleh pihak Shell untuk menerapkan kesedaran keselamatan jalan raya kepada semua pengguna jalan raya. Sasaran Kempen Keselamatan Jalan Raya ini adalah murid-murid Tahun 4 dan 5

Atur Cara Program:
10.00 pagi - Pelajar berkumpul
10.10 pagi - Ucapan aluan pihak sekolah
10.20 pagi - Ucapan wakil pelajar shellselamatsampai
10.30 pagi - Ceramah Keselamatan Jalan Raya
11.00 pagi - Sesi soal jawab
11.15 pagi - Permainan & pertandingan
                    (Ice breaking, Word search, Musical chair, Green red & Yellow ballons)
12.15 t.hari- Penyampaian hadiah & cenderamata kepada penceramah
12.30 t.hari - Bersurai

Paparan gambar sepanjang program berlangsung:

Slot Ceramah dan Ice breaking

Permainan dan pertandingan

Permainan & pertandingan

Penyampaian hadiah

Pelajar shellselamatsampai

Bergambar kenangan bersama PK HEM SKTPP, pelajar shellselamatsampai
dan pelajar Tahun 5 SKTPP

No comments:

Post a Comment