Tuesday, August 27, 2019

Taklimat Program Sansu Tokuiku Gakken Kyoushitsu

Satu taklimat kepada ibu bapa murid tahun dua yang terpilih untuk mengikuti program Sansu Tokuiku Gakken Kyoushitsu telah diadakan pada:

Tarikh  : 27 Ogos 2019 (Selasa)
Masa    : 2.00 petang
Tempat : Terminal Muafakat

Pn. Nurazlin Mat Nor selaku pengacara majlis, mengalu-alukan kehadiran ibu bapa ke majlis taklimat dan berterima kasih atas kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil, disusuli dengan ucapan dari YDP PIBG, Tuan Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian. Beliau sangat mengharapkan menglibatan dan kerjasama dari semua ibu bapa dalam menjayakan program ini. Beliau menegaskan PIBG juga sentiasa menyokong segala usaha pihak sekolah dalam memacu kemenjadian murid.

Majlis diteruskan lagi dengan taklimat program dari Puan Guru Besar, Pn. Hajah Rohaidah binti Mohd Ali. 

  • SKTPP merupakan salah sebuah dari 7 sekolah di daerah Sepang yang terpilih untuk menjalankan program ini.
  • Program ini melibatkan 50 orang murid tahun dua yang terpilih dalam kalangan murid sederhana dan lemah dalam mata pelajaran Matematik.
  • Dilaksanakan bermula pada bulan September sehingga November 2019 mengikut jadual kelas yang telah ditetapkan.

September
Oktober
November
3, 4, 5, 12, 17, 18, 19, 23, 25, 30
3, 7, 9, 14, 16, 21, 31
4, 5, 6





  • Kelas akan berlangsung selama 1 jam bermula pukul 12.00 tengah hari sehingga 1.00 petang.
  • Pihak sekolah telah melantik 5 orang guru (sensei) yang akan diberikan latihan untuk mengendalikan program ini.

Pihak sekolah sangat mengharapkan penglibatan dan kehadiran murid 100% sepanjang program ini. Semoga program ini berjalan lancar dan memberi impak positif terhadap pembelajaran dan pencapaian murid khususnya dalam subjek Matematik.

Antara rakaman gambar yang sempat dirakam sepanjang taklimat berlangsung.

Pendaftaran kehadiran ibu bapa

Pn Nurazlin selaku pengacara majlis
Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Hafiz
Ucapan YDP PIBG, Tn Hj Khairul Azhar


Taklimat program oleh Puan Guru Besar, Pn Hjh Rohaidah


Ibu bapa yang terlibat


1 comment: