Thursday, August 29, 2019

Kejohanan Bola Sepak Yayasan Bank Rakyat Peringkat MSSD Sepang 2019



"Defending the title is harder than winning it"
(Airiel's Dad)

Itulah ungkapan yang sesuai atas kejayaan merangkul Juara untuk pasukan bola sepak bawah 11 tahun SKTPP 2019. Bebanan yang ditanggung oleh mereka amat besar apabila skuad sebelum ini telah menjuarai kejohanan yang sama tahun lepas. Kejohanan tahun ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 28 dan 29 Ogos di SK Methodist.

Saingan awal pusingan kumpulan telah diharungi dengan jayanya. Percaturan Cikgu Musrizuan berjaya meletakkan SKTPP menjadi johan kumpulan A dengan kemenangan 1-0 bertemu SK Taman Pantai Sepang Putra, 6-0 bertemu SK Desa Putra dan 2-0 bertemu SK Methodist. Saingan suku akhir mempertemukan SKTPP dengan SK Sg Rawang. SKTPP menang dengan jaringan 1-0 hasil jaringan penyerang utama iaitu Airiel7.

Meneruskan perjuangan di Separuh Akhir amat mendebarkan apabila SKTPP diheret sehingga ke penentuan penalti oleh SK Salak selepas kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada masa perlawanan sebenar. Kecemerlangan penjaga gol, Hafiz1 memberi kemenangan 3-1 dalam penentuan penalti dan membawa SKTPP ke perlawanan akhir.

Di perlawanan akhir SKTPP bertemu dengan pasukan pilihan kejohanan iaitu SK Dengkil. Semangat jitu dan disiplin serta suntikan masterpiece Coach Zamri berjaya mengekang kemaraan SK Dengkil. Acuan barisan pertahanan iaitu Adib6, Hamzi5 dan Danish11 amat berkesan. Sesekali menyerang melalui Adrian8, Wazif12 dan Airiel7 beberapa kali menggegarkan palang gol SK Dengkil. Akhirnya kedua-dua pasukan buntu dan terus ke penentuan penalti.

Sekali lagi penjaga gol Hafiz1 menunjukkan prestasi terbaiknya. Kemenangan 3-1 di penentuan sepakan penalti sudah cukup menobatkan SKTPP sebagai Juara bagi kejohanan ini. Latihan berterusan bersama Coach Zamri (Soccer Star) dan doa berterusan oleh para ibu bapa membuahkan hasil.

Tahniah semua pemain, Cikgu Musrizuan, Coach Zamri, barisan ibubapa dan barisan guru pengiring. Semua pemain akan mewakili Sepang ke Kejohanan Bola Sepak YBR peringkat negeri Selangor pada hujung bulan 9 nanti. Untuk semua pemain, SKTPP sudah anda julang, ayuh kita julang Sepang pula.

Di bawah disertakan gambar sepanjang kejohanan:

Awal saingan pemain bersama Cikgu Musrizuan dan Mr Saifullah

Penyediaan mental dan percaturan strategi pemain sebelum masuk ke padang oleh Cikgu Musrizuan

Pemain bersama Coach Zamri
Berdiri dari kiri: Hamzi5, Airiel7, Adrian8, Hafiz1, Amir2, Adib6
Tunduk dari kiri:
Wazif12, Alauddin4, Farid3, Shahmi10, Mika9, Danish11

Adib6, Hamzi5 dan Danish11

Hafiz1

Kegembiraan bersama piala dan medal kejuaraan

Caiptan dan penjaring terbanyak pasukan : Airiel7 dengan 7 gol

Bersama barisan guru

Mika9 dengan 2 gol

Membawa semula piala pusingan ke SKTPP dan disambut oleh Pn Rohaidah, Guru Besar SKTPP - tahniah!









2 comments: