Tuesday, August 20, 2019

Makluman Kutipan Sumbangan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) 2019

Adalah dimaklumkan bahawa sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 untuk satu keluarga telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Selangor. Tahun 2019 sudah hampir ke penghujung. Bagi ibu bapa yang masih belum menjelaskan pembayaran sumbangan PIBG, boleh membuat pembayaran secara tunai melalui guru kelas atau kerani pejabat. Ibu bapa juga boleh membuat pembayaran secara online. Butiran pembayaran secara online adalah seperti yang berikut:

No akaun               : 562777100081
Bank                      : MAYBANK
Nama                     : PIBG SK Taman Putra Perdana

Slip pembayaran perlu dihantar kepada Bendahari PIBG, Puan Azwani Binti Mohamed Noordin @ Noordin di talian 012-2469632. Sila sertakan sekali nama dan kelas anak masing-masing sebagai rujukan bendahari.

Adalah diharapkan agar ibu bapa yang belum menjelaskan sumbangan ini boleh berbuat demikian sebelum berakhirnya sesi persekolahan bagi tahun 2019 yang akan berakhir pada bulan November ini.

Kerjasama dan sokongan tuan/puan amat kami hargai demi kecemerlangan anak-anak SK Taman Putra Perdana dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


“UJANA ILMU WADAH KECEMERLANGAN”

No comments:

Post a Comment