Monday, August 26, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-31 (Sesi Petang)

Tarikh   : 26 Ogos 2019
Hari      : Isnin
Masa    : 1.20 petang
Tempat : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

Pengacara Majlis : Pn. Nazahiyah binti Ab Rahman

Gambar 1: Pn.Nazahiyah binti Ab Rahman selaku pengacara Majlis Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-31 Sesi Petang

Senarai guru bertugas:

1. En. Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin (K)
2. Pn. Hastipa @ Zainon binti Mat Daud (P)
3. Pn. Rozimah binti Yaakob
4. Pn. Salmi binti Amir
5. Pn. Nazahiyah binti Ab Rahman
6. En. Mohd Hadri bin Ag Idris
7. Pn. Halijah binti Mihat

Gambar 2: Guru-guru bertugas sesi petang minggu ke-31 diperkenalkan kepada murid-murid

Agenda Perhimpunan:


1. Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

Gambar 3: Murid-murid berdiri tegak bersama menyanyikan 3 buah lagu rasmi

2. Bacaan doa oleh adik Muhammad Fareez Daniel bin Nor Bakri (3 Ibnu Thufail)



Gambar 4: Adik Muhammad Fareez Daniel memimpin bacaan doa

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn. Nazahiyah binti Ab Rahman



Gambar 5: Pn. Nazahiyah semasa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya





Gambar 6: Murid-murid sesi petang bersama membaca ikrar

4. Bacaan ikrar murid oleh adik Adlina Ryhana binti Mohd Rozimi (3 Ibnu Thufail)


Gambar 7: Ketua Pengawas, Adik Adlina Ryhana memimpin bacaan ikrar murid

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Minggu Ke-30) oleh Pn. Ranjiny a/p Rajah

Gambar 8: Pn. Ranjiny menyampaikan laporan bertugas minggu lepas

  • Antara intipati laporan yang disampaikan ialah :
  1. Pada minggu lepas terdapat beberapa kes kecederaan murid berlaku. Oleh hal yang demikian, murid-murid perlu menjaga kesemalatan diri semasa berada di kawasan sekolah. Pn. Ranjiy turut mengingatkan murid supaya tidak berlari dan tolak-menolak di antara satu sama lain semasa di kawasan sekolah bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan yang tidak diingini berlaku.
  2. Pn. Ranjiny seterusnya berharap agar peraturan sekolah sentiasa dipatuhi oleh semua murid
  3. Isu kebersihan kelas juga perlu diberi perhatian,. Didapati terdapat banyak sampah berterabur di atas lantai, perkara ini perlu dielakkan untuk memastikan kelas dalam keadaan bersih dan kondusif.

6. Tema ucapan mingguan pada minggu ini ialah : Aku Anak Malaysia. Ucapan telah disampaikan oleh Pn. Nazahiyah bt Ab Rahman. Antara intipati ucapan tema adalah seperti berikut :
  • Negara kita bakal menyambut Hari Kebangsaan yang ke-62 tahun pada Sabtu ini.
  • Selaku rakyat yang telah merdeka, kita seharusnya mempunyai sikap yang terpuji dan boleh dicontohi.
  • Antara sikap tersebut ialah :
  1. Berdisiplin dalam menjaga kebersihan.
  2. Mengutamakan adab sopan dalam kehidupan.
  3. Berkelakuan baik.
  4. Saling hormat-menghormati.
  5. Tidak bersikap kurang ajar dengan orang lain.

7. Perkataan Lawad
  • Bahasa Melayu : menjulang - mengangkat ke atas
  • Bahasa Arab : مَكْتَبٌ - meja
  • Bahasa Inggeris : hall - dewan

8. Manual Perhimpunan (BPI) Pendidikan Sivik Bulan Ogos

Manual Perhimpunan (BPI) Pendidikan Sivik Bulan Ogos telah disampaikan oleh Pn.  Nazahiyah. Intipati ucapan adalah seperti berikut :

Nilai Teras : Bertanggungjawab
Tajuk : Menjaga Kebersihan Sekolah

  • Sekolah merupakan tempat untuk menimba ilmu pengetahuan.
  • Sekolah yang bersih dan kemas akan dapat membuat murid berasa seronok dan bersemangat untuk belajar.
  • Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab semua warga sekolah untuk bersama menjaga kebersihan kawasan sekolah dan ianya bukan tugas pekerja pembersihan semata-mata.
  • Gunakan tong sampah dengan sebaiknya. Jangan membuang sebarang cecair ke dalam tong sampah.
  • Jaga kebersihan lantai dan kekemasan meja bilik darjah masing-masing.

9. Ucapan Penolong Kanan Petang Pn. Jumilah binti Ahmad.


Gambar 9: Penolong Kanan Petang Pn.Jumilah binti Ahmad menyampaikan ucapan

  1. Memo berkaitan jadual cuti bergilir sempena Peperiksaan UPSR 2019 dan Cuti Umum telah diedarkan. Murid-murid diminta menyampaikan memo kepada ibu bapa/penjaga masing-masing. 
  2. Murid-murid yang ingin berurusan di pejabat sekolah harus beradab dan mengikut peraturan. Murid-murid diingatkan supaya masuk menggunakan pintu yang betul dan menekan loceng di hadapan kaunter pejabat untuk sebarang urusan.
  3. Jaga kebersihan sekolah adalah tanggugjawab semua warga sekolah. Apabila ternampak sampah, sila kutip dan buang ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
  4. Sila pastikan semua suis kipas dan lampu ditutup, sampah dibersihkan sebelum keluar meninggalkan kelas masing-masing sama ada semasa balik, waktu rehat, menuju ke bilik-bilik khas mahupun sebelum waktu Pendidikan Jasmani.
  5. Sila beratur dengan tertib dan mengikut arahan guru apabila loceng waktu rehat atau waktu balik berbunyi. Sila ambil contoh orang Jepun yang mempunyai disiplin yang tinggi.
  6. Pn. Jumilah turut memaklumkan seramai 50 orang murid tahun 2 terpilih dalam program Sansu Tokuiku Gakken Kyoushitsu yang menerapkan pendidikan moral di dalam mata pelajaran Matematik. 
Perhimpunan berakhir pada jam 2.07 petang.

Laporan Disediakan Oleh :
En. Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin

No comments:

Post a Comment