Saturday, February 15, 2020

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-17

Sabtu, 15 Februari 2020, SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-17 bertempat di padang sekolah. Sebanyak 7 buah kontinjen menyertai kejohanan sukan pada tahun ini iaitu rumah Hijau, rumah Jingga, rumah Merah, rumah Kuning, rumah Biru, kontinjen PPKI dan kontinjen Prasekolah.

Acara yang dipertandingkan adalah acara balapan, iaitu 50 meter, 75 meter, 100 meter, 200 meter, 4x50 meter, 4x100 meter, dan 4x200 meter. Selain itu, acara tarik tali peringkat akhir juga turut dipertandingkan pada hari ini.

Tertib acara kejohanan dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen perbarisan lintasan hormat yang diketuai oleh Ketua Kontinjen. Usai nyanyian lagu Negaraku, doa dibacakan oleh Ustaz Zurilazman Bin Abdullah, diikuti dengan bacaan ikrar oleh Ketua Kontinjen

Acara diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP dan ucapan dari perasmi oleh En. Ishak Bin Abdullah, selaku Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sepang. Seterusnya, perasmi merasmikan kejohanan sukan tahunan kali ke-17 melalui gimik persembahan yang disediakan oleh ustaz Hadri sebagai tanda bermulanya kejohanan sukan secara rasmi.

Berikut merupakan keputusan rasmi bagi kejohanan sukan tahunan kali ke-17.

Anugerah Atlet dan Olahragawan sekolah


Kategori
Nama
Rumah
Atlet harapan lelaki
MUHAMMAD AFIF BIN SHAMSUDDIN
JINGGA
Atlet harapan perempuan
ANTASHA RIZQIN BINTI AHMAD JUNAIDI
MERAH
Olahragawan
MUHAMMAD ADRIAN PUTRA BIN MOHD KAMANORADRIADI
JINGGA
Olahragawati
UMMI AZ ZAHRA BINTI AL BAASIT
BIRU

Lintas hormat terbaik

Kedudukan
Rumah sukan
Johan
BIRU
Naib johan
JINGGA
Tempat ke-3
KUNING
Tempat ke-4
HIJAU
Tempat ke-5
MERAH


Keputusan keseluruhan Rumah Sukan

Rumah sukan
Kedudukan
Markah
MERAH
1
1228
JINGGA
2
1188
KUNING
3
1174
BIRU
4
1165
HIJAU
5
968

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-17



Disediakan oleh
Nornadzirah Binti Abd Rahim

No comments:

Post a Comment