Wednesday, February 12, 2020

Lawatan Penanda Arasan dari SK Sungai Merab Luar

Pada hari Rabu 12 Februari 2020, SK Taman Putra Perdana telah menerima lawatan penanda arasan daripada SK Sungai Merab Luar, Sepang. Rombongan ini terdiri daripada barisan pentadbir dan guru-guru SK Sungai Merab Luar seramai 25 orang.

Para tetamu telah disajikan dengan sedikit jamuan ringan sebelum majlis dimulakan dengan kata aluan daripada pengerusi majlis, Puan Arnny Yusnita, dan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Saiffol bin Ngabiah.

Majlis diteruskan dengan sedikit ucapan dan perkongsian daripada Guru Besar SKTPP Puan Hajah Rohaidah diikuti dengan ucapan daripada Guru Besar SK Sungai Merab Luar, Pn. Rohimah.

Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi persembahan video berkaitan pencapaian sekolah dan Ujana Ilmu. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan tandatangan sijil jaringan antara kedua-dua buah sekolah.

Agenda lawatan diteruskan dengan sesi lawatan ke Ujana Ilmu SKTPP, Bilik Sumber PPDa, Bilik Bimbingan dan Kaunseling serta Bilik Bitara Kriket.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang tempoh lawatan berlangsung;

Rombongan tetamu telah disambut mesra oleh barisan pentadbir SKTPP

Jamuan ringan sebelum majlis dimulakan.
Ucapan pengerusi majlis, Puan Arnny Yusnita. 
Bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Mohd Saiffol.

Sesi ucapan dan perkongsian ilmu daripada Puan Hajah Rohaidah.

Ucapan daripada Guru Besar SK Sungai Merab Luar; Pn. Rohimah

Sesi persembahan video.

Penyampaian cenderahati antara kedua buah sekolah.

Sesi tandatangan sijil jaringan antara kedua buah sekolah.

Sesi lawatan ke Ujana Ilmu

Barisan pentadbir dari kedua-dua buah sekolah
mengambil gambar kenangan di Ujana Ilmu.

Guru-guru sempat merakamkan gambar di sudut Ujana Ilmu TV (UiTV)

Penerangan berkaitan fail yang disampaikan oleh Puan Arnny.

Gambar kenangan di Bilik Tayang Ujana Ilmu
sebelum ke lokasi seterusnya.

Lawatan ke Bilik Sumber PPDa.

Lawatan ke Bilik Bimbingan dan Kaunseling.

Perkongsian ilmu disampaikan oleh Puan Juli dan
Puan Arzah selaku Kaunselor Sekolah
.

Lawatan ke Bilik Bitara Kriket.


Sesi lawatan dan perkongsian ilmu bersurai pada jam 4.30 petang.

Banyak perkongsian ilmu dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama semasa sesi lawatan berlangsung. Diharapkan lawatan kali ini akan dapat mengeratkan silaturrahim antara kedua buah sekolah dan menjadi inspirasi buat guru-guru untuk meningkatkan kecemerlangan masing-masing


Disediakan oleh,

Amalina binti Abd Hamid
(Naib Setiausaha PSS)

No comments:

Post a Comment