Saturday, February 22, 2020

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Kali Ke-16 2020

Alhamdulillah, Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapatlah diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16 bagi tahun 2020 yang bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana.

Seawal jam 8.00 pagi dapat disaksikan kehadiran ibu bapa dan penjaga di kaunter pendaftaran. Dalam masa yang sama, berlangsung di Dewan Perdana tayangan multimedia aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2019/2020.

Barisan pentadbir sama-sama menyambut kehadiran perasmi iaitu Tuan Rushdan bin Mohamed; Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang.

Tepat jam 9.00 pagi bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Mahadir bin Midun agar majlis berlangsung dengan lancar.

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Yang Berusaha Guru Besar SK Taman Putra Perdana; Pn Hjh Rohaidah bt Ali yang mengalu-alukan kehadiran ibubapa dan penjaga dalam mesyuarat PIBG ini.

Ucapan Yang Dipertua PIBG; Tn Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian yang memberi sedikit makluman tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak PIBG untuk anak-anak SKTPP.

Majlis dirasmikan oleh En Rushdan bin Mohamed selaku Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang (MPS). Beliau amat berterima kasih atas kerjasama ibubapa dan penjaga serta usaha guru-guru dalam kemenjadian murid-murid SKTPP sepanjang tahun.

Usai penyampaian cenderamata kepada murid yang telah memperolehi 6A dalam UPSR 2019 juga persembahan murid, majlis diteruskan dengan acara kemuncak iaitu Mesyuarat Agung PIBG sesi 2020. Mesyuarat berlangsung dengan baik dan lancar.

Beberapa org dalam kalangan ibubapa telah mengusulkan cadangan dan penambahbaikan kepada pihak sekolah demi memastikan kebajikan anak-anak murid terjaga dengan baik.  Juga dijalankan lantikan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang baharu bagi sesi 2020/2021 secara undian.

Berikut adalah barisan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021 yang telah dilantik :

Yang Dipertua :
Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian
Naib Yang Dipertua :
Pn Normawati binti Saad
Setiausaha Kehormat :
Pn Norbaizura bt Nordin
Naib Setiausaha Kehormat :
Cik Syahirah bt Tumar
Bendahari :
Pn Azwani bt Mohamed Noordin
Naib Bendahari :
Pn Norazian bt Ahmad

AJK Ibu Bapa :
1. En Ahmad Daniel bin Bahari
2. Tn Hj Megat Md Salleh bin Md Arshad PJK, PPB.
3. En Norkhairi bin Muhammad
4. Pn Siti Faezah bt Ahmad
5. Pn Azura bt Mohd Zawawi
6. En Mohd Hafiz bin Zainol Shokor

AJK Guru :
1. Pn Roseniza bt Setapa
2. Pn Noor Hayati bt Yusof
3. Pn Norhidayu bt Sadri
4. En Mohd Hadri bin AG Idris
5. En Ahmad Mustafid bin Mat Shariff

Juru Audit :
1. En Ibrahim bin Rahman
2. Pn Rosmizawati bt Yusub

Berikut lensa yang dapat dirakam sepanjang program berlangsung :

Momen utama Mesyuarat Agung PIBG 2020

Pendaftaran ibubapa/penjaga

Penyampaian hadiah murid-murid yang memperoleh 6A dalam UPSR 2019

Penyampaian Ucapan & Doa

Persembahan seloka dari murid tahun 5 Jujur

Perasmi yang merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali-16

Penyampaian cenderamata bagi AJK PIBG sesi 2019/2020

Sepanjang mesyuarat dijalankan. Cadangan usul dan lantikan AJK PIBG yang baharu.

Barisan Peneraju AJK PIBG Sesi 2020/2021

Semoga dengan kerjasama yang padu dari pihak PIBG dan sekolah akan dapat melonjakkan lagi prestasi sekolah dan kemenjadian murid-murid SKTPP dari segala sudut sama ada aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.


Disediakan oleh :
Pn Umi Nazrah bt Saharoni

No comments:

Post a Comment