Friday, February 21, 2020

Perasmian Majlis Permuafakatan KPM & PDRM : Program Jom Ke Sekolah Peringkat Sekolah 2020

Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM : Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.

SKTPP turut menyahut seruan KPM dengan mengadakan Majlis Permuafakatan ini pada hari ini. Majlis telah diadakan untuk kedua-dua sesi persekolahan pagi dan petang. Majlis ini berlangsung semasa sesi perhimpunan sesi pagi iaitu 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Pegawai Perhubungan dari PDRM  Koperal  116848 Mohd. Hambali Bin Khalid dan Lans Koperal 184478 Shah Iskandar Bin Amid  telah hadir bagi menyampaikan ucapan dan merasmikan  program ini.
Objektif  program ini ialah :
  1. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
  2. Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah.
  3. Memupuk minat murid untuk hadir ke sekolah.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung:

Pengacara majlis Pn . Juli Mahbah

Ucapan Perasmi Koperal Mohd. Hambali Bin Khalid
Ucapan alu-aluan oleh Pn. Azizah Mokhlas


Gimik perasmian

No comments:

Post a Comment