Monday, February 3, 2020

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-6 (Sesi Pagi)

Tarikh : 3 Februari 2020
Hari : Isnin
Masa: 7.30 pagi - 8.30 pagi

Pengacara Majlis: Mazzaini binti Muda


1. Guru yang bertugas:

a) Mazzaini binti Muda
b) Parimala A/P Vengadaslam
c) Norazian binti Mat Anuar
d) Nurhayati binti Mohamed Nor
e) Nurliza binti Binti Ab Rahman
f) Julaili binti Onian
g) Mohd Rusydan bin Ismail
h) Ahmad Zunaidi bin Jinalabin


2. Agenda Perhimpunan:

  • Nyanyian, Bacaan Doa Dan Ikrar
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Puan Astina binti Mahad Nor.
  • Bacaan Doa oleh Adik Mohd Shafiq Asnaf.
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Mazzaini binti Muda
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Wan Nur Emalin Zahra Putri.




3. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Noor Hayati Binti Yusof
  • Murid diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan kelas.
  • Terdapat segelintir murid yang makan di tepi longkang walaupun kerusi dan meja mencukupi di kantin.
  • Murid gemar menabur makanan ke dalam longkang, ini boleh menarik perhatian gagak untuk berada di situ.


4. Perkataan LAWAD
  • Bahasa Melayu - Cetek  : maksud - tidak dalam
  • Bahasa Inggeris - Collect : maksud - kumpul
  • Bahasa Arab - Sohnun : maksud - pinggan

5. Ucapan guru bertugas minggu ini oleh Puan Mazzaini binti Muda (Tema - Sayangi Sekolah)
  • Definisi sekolah - tempat menuntut ilmu
  • Murid hendaklah sentiasa menjaga peralatan kebersihan bilik darjah, makmal komputer, kantin, padang dan bilik khas.
  • Murid diingatkan agar duduk dengan tertib di atas kerusi.
  • Kemudahan tandas hendaklah dijaga dengan baik dan jangan rosakkannya.

6. Ucapan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (Puan Rosmah Binti Jamat)
  • Terima kasih kepada ibubapa yang membantu menceriakan kelas.
  • Murid diingatkan agar tidak berlari di kaki lima, dewan dan kantin.
  • Bawa dan minum air secukupnya semasa latihan sukan dijalankan.


7. Pelancaran Bulan Bahasa Inggeris
  • Ucapan daripada Puan Nor Azura Binti Mustafa selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris.
  • Murid dialu-alukan untuk menyertai aktiviti dan pertandingan yang telah diatur oleh Panitia Bahasa Inggeris.



No comments:

Post a Comment