Monday, February 10, 2020

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-7 (Sesi Petang)

Tarikh                 : 10 Februari 2020
Hari                     : Isnin
Masa                   : 1.20 petang
Tempat                : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana

Pengacara Majlis : Pn. Nazahiyah binti Ab Rahman

Gambar 1 : Pn. Nazahiyah binti Ab Rahman selaku pengacara Majlis Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-7 sesi petang

Senarai Guru Bertugas :

  1. En. Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin (K)
  2. Pn. Hastipa @ Zaiton binti Mat Daud (P) 
  3. Pn. Rozimah binti Yaakob
  4. Pn. Nazahiyah binti Ab Rahman
  5. Pn. Ranjiny a/p Rajah
  6. Pn. Roslelawati binti Ibrahim
Gambar 2: Guru-guru bertugas sesi petang minggu ke-7 diperkenalkan kepada murid-murid

Agenda Perhimpunan :

1. Nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

Gambar 3: Murid-murid berdiri tegak semasa menyanyikan 3 buah lagu rasmi

2. Bacaan doa.

Gambar 4: Bacaan doa oleh Adik Muhammad Dirar Azwar bin Alias (3 Vivo)

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya

Gambar 5: Murid-murid mengangkat tangan semasa bacaan ikrar

4. Bacaan Ikrar Murid

Gambar 6: Bacaan ikrar murid dipimpin oleh Adik Harraz Khan bin Fariz Khan (3 Sony)

5. Laporan guru bertugas minggu lepas (Minggu Ke-6) disampaikan oleh Pn. Nur Azizati binti Ahmad

Gambar 7: Pn. Nur Azizati binti Ahmad menyampaikan laporan bertugas minggu lepas

  • Pastikan sampah tidak dibuang merata-rata di kawasan sekolah.
  • Pastikan sampah tidak ditinggalkan di kawasan dewan dan dataran.
  • Murid perlu membuang bekas makanan yang telah digunakan di kantin ke dalam bakul sampah yang disediakan.
  • Murid perlu pastikan sampah dikutip dan dibersihkan selepas selesai sesi latihan sukan.

6.  Tema ucapan: Adab kepada guru
  • Pn. Nazahiyah menerangkan bahawa guru umpama ibu bapa yang sentiasa mendidik tanpa jemu. Guru perlu dihormati kerana tugas guru adalah menyampaikan ilmu.
  • Terdapat beberapa cara beradab dengan guru seperti berikut :
  1. Memberi salam kepada guru. Ia adalah sunnah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW bagi merapatkan hubungan silaturrahim.
  2. Jangan bercakap semasa guru mengajar. Jika bercakap dan membuat bising, murid akan hilang tumpuan dan tidak dengar apa yang diajar oleh guru dan tidak beradab.
  3. Sentiasa mendengar kata-kata dan nasihat guru.
  4. Elakkan berbisik di hadapan guru. Berbisik adalah sikap yang tidak bagus dan dilarang dalam islam kerana berbisik akan menyinggung perasaan guru.

7. Perkataan Lawad
  • Bahasa Melayu
          Menongkah - melawan
  • Bahasa Inggeris
          Ladybird - kumbang
  • Bahasa Arab  
         المعلم  - guru

8. Pelancaran Program Ziarah Cakna 2020 (sesi petang)

Gambar 8: Pn. Rozimah binti Yaccob mengacarakan Majlis Pelancaran Ziarah Cakna 2020 sesi petang

Gambar 9: Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil

Gambar 10: Pelancaran disempurnakan oleh En. Shahrizal bin Ya'am; Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Taman Putra Perdana

Gambar 11: Barisan Ahli Jawatankuasa guru penyayang bergambar bersama semasa majlis pelancaran

Gambar 12: Tayangan video pelancaran Program Ziarah Cakna 2020 kepada murid-murid sesi petang

Perhimpunan berakhir pada pukul 2.10 petang.

Disediakan Oleh :
Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin

No comments:

Post a Comment