Monday, February 3, 2020

Pelancaran Bulan Bahasa Inggeris - Bulan Februari 2020

Pada 3 Februari 2020 bersamaan hari Isnin, telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Inggeris yang akan berjalan sepanjang bulan Februari, 2020. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Puan Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali.
Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang bagi setiap darjah melalui buah fikiran guru-guru subjek itu sendiri.

Antaranya ialah seperti :

·         Pertandingan Action Song – Murid Tahun 3
·         Pertandingan Public Speaking - Murid Tahun 4
·         Pertandingan Story Telling – Murid Tahun 5
·         Pertandingan Choral Speaking – Murid Tahun 6

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis perasmian program tersebut.

Perasmian sesi pagi:


Puan Murni sebagai pengacara majlis.

Puan Nor-Azura selaku Ketua Panitia memberikan sepatah dua kata
 sempena pelancaran Program Bulan Bahasa Inggeris.

Gimik pelancaran program.

Barisan guru-guru Bahasa Inggeris sesi pagi bersama pentadbir.


Perasmian sesi petang:

Sir Saifullah selaku juru acara majlis.


Puan Jumilah binti Ahmad selaku Penolong Kanan Petang merasmikan 
Program Bulan Bahasa Inggeris 2020 sesi petang


Gimik pelancaran program

Buku Program.

 Guru-guru Bahasa Inggeris sesi petang bergambar bersama pentadbir.

Disediakan oleh:
Puan Norazian binti Mat Anuar
(Guru Bahasa Inggeris)

No comments:

Post a Comment