Monday, February 10, 2020

Pelancaran Program Ziarah Cakna 2020

Isnin, 10 Februari 2020 – Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Taman Putra Perdana (SKTPP) telah melangsungkan Majlis Pelancaran Program Ziarah Cakna bagi tahun 2020. Majlis ini menjadi salah satu elemen di bawah Program Guru Penyayang.

Majlis pelancaran tersebut telah diadakan bagi kedua-dua sesi bermula pada jam 7.20 pagi untuk sesi pagi dan jam 1.20 petang untuk sesi petang. Kedua-dua majlis ini telah dilangsungkan di Dewan Perdana, SKTPP.

Cakna membawa maksud ambil peduli atau ambil berat.

Pelaksanaan konsep ziarah cakna adalah untuk memperkukuhkan konsep sekolah penyayang bagi menangani mutual distrust seperti yang telah dipraktik oleh negara Jepun bagi memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa.

Objektif program:-
  • Berkongsi kemenjadian diri murid bersama-sama ibu bapa/penjaga.
  • Memahami latar belakang keluarga murid.
  • Berkongsi pandangan antara ibu bapa/penjaga dan guru bagi mengembangkan potensi murid.
Tujuan program:-
  • Memperluaskan amalan penyayang dengan membudayakan amalan ziarah ke rumah murid.
  • Merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan warga sekolah.
  • Meningkatkan persefahaman antara ibu bapa dan guru berfokuskan pembangunan kemenjadian murid.
Berikut dipaparkan sedikit perkongsian sepanjang perjalanan majlis. Diharapkan tatapan kenangan ini bakal diiringi dengan doa agar program yang dilaksanakan bakal terus berlangsung dengan sempurna. 

Pengacara Majlis: Cik Roslinda binti Mansor
Bacaan doa oleh Ustaz Zubair

Bacaan perutusan dan perasmian oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali

Pelaksanaan gimik pelancaran

Barisan guru penyayang sesi pagi

Pengacara Majlis: Puan Rozimah dan bacaan doa oleh Ustaz Hafiz

Bacaan perutusan oleh Encik Shahrizal bin Ya'am, PK Kokurikulum
Gimik pelancaran

Tayangan video siri ziarah cakna tahun 2019

Tayangan video siri ziarah cakna tahun 2019
Selesai sahaja majlis pelancaran, pihak sekolah yang diwakili oleh Guru Besar, barisan pentadbir dan guru-guru Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan ziarah cakna ke rumah adik Muhammad Hasbul Hadi bin Mohd Sauzi. 

Hasbul Hadi merupakan murid tahun 6 Programmer yang telah mengalami masalah kecederaan di pinggang akibat kemalangan semasa perlawanan persahabatan ragbi. Didoakan semoga adik Hasbul Hadi akan segera dikembalikan nikmat kesihatannya oleh Allah swt.






Untuk menyelami lebih lanjut tentang pelbagai program di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling, sila lawati https://kaunselingsktpp.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment