Tuesday, November 16, 2021

Aktiviti Pemugaran Emosi Murid (Minda Sihat)

                       

Keperluan dalam membantu murid mengembalikan emosi positif setelah bersemuka, merupakan satu amanah buat Unit Bimbingan & Kaunseling. Keadaan emosi yang tenang dan selesa amatlah penting bagi murid-murid apabila mula sesi bersemuka. Bagi memastikan tahap kesediaan emosi murid stabil maka, terlaksanalah aktiviti pemugaran emosi murid yang bertema "Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera".

Aktiviti ini dijalankan selama 6 hari (mengikut kumpulan penggiliran) dan mengambil masa selama 1 jam dengan menggunakan modul relaksasi serta pengurusan emosi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan guru yang banyak membantu dalam merealisasikan aktiviti ini. Tahniah kepada semua murid yang memberikan kerjasama yang baik dan harapan cikgu agar kamu sentiasa bersama aura yang positif. Selamat menuntut ilmu!





Gambar murid sesi petang sepanjang aktiviti dijalankan.







Gambar murid sesi pagi beraktiviti








Jom lihat kemeriahan aktiviti pemugaran yang sempat dirakam

No comments:

Post a Comment