Thursday, November 11, 2021

Anugerah Kualiti Pendidikan Islam (AKPI) Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 2021

Anugerah Kualiti Pendidikan Islam (AKPI) Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 2021 

Alhamdulillah sekalung tahniah buat Ustaz Zurilazman bin Abdullah, Guru Bahasa Arab SK Taman Putra Perdana kerana telah dipilih untuk menerima Anugerah Kualiti Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 2021 Kategori Anugerah Permata Budi Jurulatih Utama ADNI.

Majlis anugerah ini telah disempurnakan  oleh Tuan Haji Abd Najeh bin Asmuin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam bertempat di bangunan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Sijil penghargaan yang telah diterima daripada Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Sijil Penghargaan yang diterima daripada Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Cenderamata iringan

Majlis penyampaian sijil penghargaan atas khidmat dan sumbangan bakti yang diberikan

Barisan penerima anugerah bergambar kenangan bersama Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

"SYABAS & TAHNIAH"

No comments:

Post a Comment