Tuesday, November 2, 2021

Naib Johan Pertandingan Madah Intelek Daerah Sepang 2021. TAHNIAH!!



Alhamdulillah... syukur diberikan rezeki untuk tahun ini. Sekalung tahniah buat adik Qhalesya Nur Iman bt Muhammad Khaizul Azam (6 Jujur) kerana berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Madah Intelek PRS Daerah Sepang untuk tahun 2021. 

Terima kasih kepada Puan Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) yang sentiasa memberi sokongan padu kepada murid-murid dalam menempa kejayaan. Semasa latihan dibuat, Pn Rohaidah turut sama memberi idea dalam meningkatkan lagi mutu persembahan adik Qhalesya dan semasa pertandingan tidak putus dengan kata-kata semangat dari awal sehinggalah pengumuman dibuat. Buat ibu bapa adik Qhalesya, terima kasih diucapkan kerana sangat supportive.

Tahniah juga diucapkan kepada team pelaksana pertandingan iaitu MGKK Daerah Sepang kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan sehebat ini. Bakat dan potensi murid terserlah apabila pertandingan seperti ini diadakan. 

Berikut adalah keputusan Pertandingan Madah Intelek dan paparan gambar sepanjang pertandingan dijalankan:
Johan : SK Kota Warisan
Naib Johan : SK Taman Putra Perdana
Tempat Ketiga : SK KLIA














      

Video Pembentangan Qhalesya Nur Iman

No comments:

Post a Comment