Friday, November 12, 2021

Laporan Bertugas Minggu ke-38 (Sesi Petang)

Tarikh: 8 November 2021 - 12 November 2021

Hari : Isnin - Jumaat

Senarai nama guru bertugas :

1) Mohamad Hassbullah bin Zainal Abidin.

2) Nik Rosmaliza binti Nik Hussain.

3) Nor Azian binti Ahmad.

4) Noor Azlinda binti Kasmin.

5) Nashirah binti Taib.

6) Nor Maziah binti Abdul Malek.

7) Nur Wahidatuldinah binti Hassan.

8) Shurhama binti Ahmad.

9) Halijah binti Mihat. 

10) Roslelawati binti Ibrahim.

Tahniah! Selamat kembali ke sekolah. Minggu ini tiba giliran murid dari Kumpulan B pula untuk hadir ke sekolah secara bersemuka setelah hampir 6 bulan mengikuti sesi pembelajaran secara PdPR. Seperti yang kita sedia maklum kehadiran murid adalah secara penggilran mengikut kumpulan masing-masing.

Pelbagai gelagat dan reaksi murid-murid yang dapat dilihat sepanjang minggu ini. Jelas juga kelihatan keterujaan dan kegembiraan di wajah mereka, apabila dapat berjumpa kawan-kawan dan guru-guru. Walau bagaimanapun, kita masih dan perlu mengikuti SOP serta garis panduan yang telah ditetapkan sepanjang berada di sekolah.

Alhamdulillah... sesi persekolahan pada minggu ini berjalan dengan lancar dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Permulaan sesi telah diisi dengan Aktiviti Pemugaran Emosi Murid di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan emosi murid setelah lama belajar secara PdPR.

Pada minggu ini juga semua warga SKTPP telah dikejutkan dengan berita sedih kerana akan kehilangan seorang pendidik yang amat dikasihi iaitu Cikgu Shahrizal bin Ya'am (PK Kokurikulum), yang mana beliau akan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda sebagai PK Hal Ehwal Murid (HEM). Semoga Cikgu Shah terus cemerlang walau di mana sahaja berkhidmat. Juster sedikit majlis ringkas sempena perpisahan dengan Cikgu Shah telah diadakan pada minggu terakhir perkhidmatan beliau di sekolah ini.

Berikut adalah sebahagian gambar aktiviti pada minggu ini:

Guru bertugas mengambil suhu murid sebelum masuk ke sekolah.


Murid yang hadir disambut oleh guru bertugas di pintu pagar.

Murid berkumpul di dewan sebelum bergerak ke kelas masing-masing.

Murid beratur ketika membeli makanan waktu rehat

Sebahagian murid yang hadir dalam kelas pada minggu ini.

Pergerakan murid selepas tamat sesi persekolahan.

Pengawal keselamatan turut sama membantu melancarkan pergerakan masuk dan keluar murid.



Suasana sepanjang Majlis Sanjungan Kasih Junjungan Budi sempena perpisahan En. Shahrizal bin Ya'am.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua murid yang hadir pada minggu ini.... Anda murid-murid yang hebat. Tidak lupa juga kepada guru-guru yang terus bersemangat dalam mendidik anak-anak murid ini. Semoga kita terus komited dan terus berusaha menjadikan anak-anak murid kita lebih cemerlang.

Terima kasih.

Disediakan oleh,
Roslelawati binti Ibrahim.

No comments:

Post a Comment