Friday, November 12, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-38 (Sesi Pagi)

Tarikh : 8 November 2021 hingga 12 November 2021

Senarai guru bertugas Kumpulan 2 : 

Nik Kamisah binti Mohd Aziz (K)
Roslinda binti Mansor
Safinatunnajakh binti Mat Som
Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib
Komagal a/p Kunaisekaran
Wan Rosmawati binti Wan Ibrahim
Musaliha binti Mustafa
Tarmiji bin Sabali
Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang
Nurul Izziani binti Latifi

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana perjalanan sekolah minggu ini berjalan dengan lancar. Selamat kembali ke sekolah kepada murid Tahap Dua secara bersemuka setelah hampir 6 bulan mengikuti sesi pembelajaran secara PdPR. Merujuk kepada Garis Panduan Pengoperasian Sekolah 3.0, kehadiran murid adalah secara penggiliran mengikut kumpulan A dan B. Murid perlu mengikuti SOP serta garis panduan yang telah ditetapkan sepanjang berada di sekolah.

Walaupun baru minggu pertama persekolahan bersemuka  dijalankan, pelbagai aktiviti berjalan setiap hari. Pada hari Isnin  dan Selasa, Aktiviti Pemugaran Emosi Murid di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling dijalankan bertujuan untuk meningkatkan emosi murid setelah lama belajar secara PdPR. Selain itu, pada hari Selasa (9 November 2021) Puan Hajah Rohaidah telah menyampaikan sijil kepada peserta Program Pintar (Program Intelek Asuhan Rohani) anjuran AADK Daerah Sepang dengan kerjasama PPD Sepang yang diadakan pada 15 Jun 2022 yang lalu. Pada 11 November 2021 (Khamis) ceramah Kursus Asas Komunikasi Pembimbing Rakan Sebaya disampaikan oleh Cikgu Azarul Mokhtar. 

Pada minggu ini juga semua warga SKTPP telah dikejutkan dengan berita bahawa Cikgu Shahrizal bin Ya'am (PK Kokurikulum) akan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda sebagai PK Hal Ehwal Murid (HEM). Justeru sedikit majlis ringkas sempena perpisahan dengan Cikgu Shah telah diadakan pada hari Jumaat bagi menghargai jasa beliau sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Berikut adalah sebahagian gambar aktiviti pada minggu ini:

   
Guru, pentadbir dan pengawal sekolah menyambut kehadiran murid.

  
Murid berbaris dan menjaga jarak ketika beratur membeli makanan. 

Kursus Asas Komunikasi Program Pembimbing Rakan Sebaya. 

Penyampaian sijil kepada peserta Program Pintar (Program Intelek Asuhan Rohani)


Terima kasih.

Disediakan oleh,
Nurul Izziani binti Mohd Latifi 

No comments:

Post a Comment