Friday, November 12, 2021

Majlis Sanjungan Kasih Junjungan Budi PK Kokurikulum En Shahrizal bin Ya'am (Sesi Petang)



12 November 2021, Jumaat – Hujan renyai-renyai mengiringi "Majlis Sanjungan Kasih Junjungan Budi" Encik Shahrizal bin Ya'am pada petang tersebut. Hilang sebutir mutiara yang berharga dari SK Taman Putra Perdana tetapi jasa dan khidmat bakti beliau tidak akan dilupakan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itu adat dan lumrah kehidupan dan begitulah rentetan perjalanan. Walau sukar untuk ditelan tapi kaki tetap mengorak jalan selagi hayat dikandung badan.

Beliau telah berkhidmat dengan sangat cemerlang selama 17 tahun di SKTPP bermula dengan jawatan sebagai seorang guru biasa sehinggalah menjadi Penolong Kanan Kokurikulum yang sangat komited dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. 

Kalau tidak kerana unggas,
Tidaklah rosak padi di sawah,
Kalau tidak kerana tugas,
Tidaklah kita akan berpisah.

Perarakan masuk yang diraikan Encik Shahrizal bersama para pentadbir dan guru-guru sesi petang bermula dari Dewan Perdana sehingga ke Musalla Raudatul Ilmi. 

Puan Rohaidah (Guru Besar) dan Encik Shahrizal (Mantan PK Kokurikulum).

Perarakan bermula di Dewan Perdana.

Para pentadbir bersama guru-guru sesi petang.

Menuju ke Musalla Raudatul Ilmi.

Majlis Sanjungan Kasih Junjungan Budi diadakan di dalam Musalla Raudatul Ilmi dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka dan juga mengamalkan penjarakan sosial dengan kapasiti yang tidak ramai. Alhamdulillah majlis pada petang itu berjalan lancar dan terkawal.

Pengacara Majlis, Encik Hasbullah dan Pengerusi KKGK, Ustaz Syed Farhan.

Yang diraikan, Encik Shahrizal bin Ya'am.

Pelamin yang sungguh indah sumbangan Naib YDP PIBG; Pn. Normawati. Terima kasih.. 

Dari kiri, Puan Siti Raudah (PK Petang), Puan Rohaidah (Guru Besar) dan Datin Noraizah (PK HEM).

Suasana di dalam Musalla Raudatul Ilmi.

Majlis baru sahaja bermula.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Hafiz. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan titipan ucapan oleh Pengerusi KKGK, Ustaz Syed Farhan serta ucapan daripada Puan Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Menyusul selepas itu, ucapan daripada yang diraikan, mantan Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Shahrizal bin Ya'am.

Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Hafiz.

Ucapan Pengerusi KKGK, Ustaz Syed Farhan.

Ucapan oleh Guru Besar, Puan Rohaidah.

Encik Shahrizal menyampaikan ucapan terakhir kepada semua hadirin.

Majlis seterusnya dilengkapkan lagi dengan bingkisan memori yang dizahirkan dalam bentuk persembahan multimedia bersempena majlis perpisahan Encik Shahrizal, hasil sentuhan kreativiti AJK Video dan Montaj.

Usai persembahan multimedia, majlis diteruskan dengan upacara memotong pulut kuning serta penyampaian cenderamata kenang-kenangan. Kemudian majlis disempurnakan lagi dengan sesi fotografi bersama mantan Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Shahrizal bin Ya'am sebagai tanda kenang-kenangan.

Upacara memotong pulut kuning sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Dekorasi dan pulut kuning hasil air tangan Cikgu Nik Rosmaliza.

Penyampaian cenderamata oleh Puan Rohaidah (Guru Besar).

Penyampaian cenderamata oleh Datin Noraizah (PK HEM).

Penyampaian cenderamata oleh Puan Siti Raudah (PK Petang).

Penyampaian cenderamata oleh Encik Nor Amirulfitri (Wakil Unit Sukan SKTPP).

Penyampaian cenderamata oleh Puan Roslelawati (Wakil KKGK).

Penyampaian cenderamata oleh Puan Nur Azlin (Wakil Panitia Matematik).

Penyampaian cenderamata oleh Encik Ahmad Junaidi (Wakil Sepang Rangers).

Penyampaian cenderamata oleh Puan Ruzaimah (Wakil Guru Bimbingan dan Kaunseling).

Penyampaian cenderamata oleh Puan Azizah (Wakil Prasekolah SKTPP).

Bergambar kenangan bersama guru-guru lelaki sesi petang.

Bergambar kenangan bersama guru-guru Panitia Matematik Sesi Petang.

Bergambar kenangan bersama guru-guru Bimbingan dan Kaunseling serta Pendidikan Moral.

Bergambar kenangan bersama guru-guru Prasekolah Sesi Petang.

Peningkatan penglibatan murid-murid dan juga para guru yang telah menjadi jurulatih dalam beberapa bidang sukan amat menyerlah di bawah kepimpinan beliau. Begitu juga dengan pengurusan dan susun atur program boleh dikatakan kemas dan terbaik hasil kerjasama padu ahli jawatankuasa guru yang terlibat di dalam unit kokurikulum SKTPP.

Kini, beliau akan meneruskan perkhidmatan ke SK Dato' Abu Bakar Baginda sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Sesungguhnya jasa dan bakti beliau sangat besar lagi bermakna kepada seluruh warga SKTPP terutamanya dalam bidang kokurikulum khususnya.


Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.

Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.


Terima kasih diucapkan kepada yang diraikan Encik Shahrizal kerana sudi bersama kita pada majlis sesi petang pula dan kami semua mendoakan agar Encik Shahrizal terus maju jaya dan cemerlang serta dipermudahkan segala urusan di sekolah baru nanti. Tahniah sekali lagi atas kenaikan pangkat. 

Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

No comments:

Post a Comment