Tuesday, November 2, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-37 (Sesi Pagi)

Tarikh: 1 November hingga 5 November 2021

Hari: Isnin hingga Jumaat

Senarai Nama Guru Bertugas:

Kumpulan A

1. Pn Rosmawati binti Md Desa (K)

2. Pn Roseniza binti Setapa (P)

3. Pn Norsiah binti Mohd Nor

4. Pn Norli binti Hassan

5. Pn Astina binti Mahad Nor

6. Pn Azwani binti Mohamed Noordin @ Noordin

7. Pn Juli binti Mahbah

8. En Zurilazman bin Abdullah

9. Pn Norinna binti Mohamed

10. En Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi

11. Pn Claudia Jacqueline Charles Nelson

12. En Mohd Dzarfan bin Kamar Bahrin

Persekolahan  minggu ke-37 berlangsung seperti biasa secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi murid-murid tahap 2.  Namun demikian, murid-murid tahap 1 telah pun memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka bermula pada minggu ini. Murid-murid prasekolah dan PPKI telah memulakan sesi persekolahan secara bersemuka sejak bulan lepas. 

Sesungguhnya sesi pembelajaran secara dalam talian semakin menghampiri penamat, dalam kekangan murid-murid yang semakin kurang melibatkan diri dalam aktiviti PdPR. Namun guru-guru tetap teguh dalam melaksanakan  tanggungjawab menyampaikan ilmu kepada anak-anak didik.  Guru-guru tetap melaksanakan kelas secara dalam talian bagi merapatkan hubungan murid dengan guru untuk memastikan murid memahami isi pelajaran dengan baik. 

Sesi persekolahan pada minggu ini berlangsung selama dua hari sahaja memandangkan sekolah bercuti sempena perayaan Deepavali yang bermula pada 3 November 2021 hingga 7 November 2021. 

Bermula pada minggu berikutnya iaitu pada 8 November 2021, murid-murid tahap 2 akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka dengan penggiliran mengikut Kumpulan A dan Kumpulan B sebagaimana yang telah ditetapkan oleh guru kelas masing-masing. 

Berikut adalah sebahagian paparan gambar aktiviti pada minggu ini:

Wajah-wajah Guru Bertugas Minggu Ke-37 (Sesi Pagi)

Aktiviti Guru Penyayang: Mengalu-alukan kehadiran murid prasekolah dan murid PPKI serta mengambil bacaan suhu

Pemantau yang hadir ke sekolah dari JPN Selangor; Pn Azni@Siti Aishah binti Ediris@Idris 

Aktiviti PdPR murid-murid Tahap 2

Aktiviti di kelas PPKI

Aktiviti di kelas prasekolah

Sesi penyampaian sumbangan dari pihak sekolah kepada murid yang kematian bapa. Nama murid, Azam Ikram bin Abu Hasan (6 Efisien)

Sesi penyampaian sumbangan KKGK kepada guru-guru yang kematian ibu dan bapa.

Qhalesya Nur Iman binti Muhammad Khaizul Azam, 6 Jujur telah dinobatkan sebagai NAIB JOHAN dalam Pertandingan Madah Intelek PRS Peringkat Daerah Sepang. Tahniah!

Pn. Arnny Yusnita binti Md. Enarji membimbing Muhammad Arshad bin Aldy Anuar, 5 Ibnu Thufail yang akan mewakili Daerah Sepang dalam Pertandingan Tokoh NILAM, Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah), Peringkat Negeri Selangor. Semoga berjaya!


Disediakan oleh: 
Pn Juli binti Mahbah
Pn Roseniza binti Setapa

No comments:

Post a Comment