Friday, November 12, 2021

Majlis Sanjungan Kasih Junjungan Budi Encik Shahrizal Bin Ya'am PK Kokurikulum (Sesi Pagi)


Pada 12 November 2021 telah berlangsungnya majlis "Sanjungan Kasih, Junjungan Budi" bagi meraikan pertukaran En. Shahrizal Bin Ya'am Penolong Kanan Kokurikulum yang akan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda atas jawatan setara sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM). 


Pertukaran beliau ini sangat dirasai oleh setiap warga sekolah kerana perkhidmatan beliau selama 17 tahun di sekolah ini telah banyak membawa perubahan dan kecemerlangan sehingga menaikkan nama baik sekolah di daerah Sepang lebih-lebih lagi ketika beliau dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum pada tahun 2016. 

TANAM LENGGUN TUMBUH KELAPA,
TERBIT BUNGA PUCUK MATI;
BUDI TUAN KAMI TAK LUPA,
TELAH TERPAHAT DI DALAM HATI.

Majlis dimulai dengan perarakan masuk En. Shahrizal Bin Ya'am dari Dewan Perdana SKTPP ke Musalla Raudatul Ilmi bersama barisan para pentadbir serta diiringi Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (Yang Dipertua PIBG) dan Puan Normawati Binti Saad (Naib Yang Dipertua PIBG) dan para guru. 

Encik Shahrizal bersama barisan pentadbir, YDP dan NYDP PIBG SKTPP. 

Perarakan masuk Encik Shahrizal dari Dewan Perdana ke Musalla Raudatul Ilmi.

Majlis ringkas penuh bermakna ini dijalankan dengan pematuhan SOP yamg ditetapkan iaitu pemakaian topeng muka serta penjarakan sosial antara guru sepanjang majlis berlangsung serta kapasiti hadirin yang tidak ramai. 
Berikut merupakan atur cara majlis gilang gemilang ini...

Kehadiran YDP dan NYDP PIBG memeriahkan lagi majlis

Pengacara majlis : Cikgu Norli 

Bacaan doa disampaikan oleh Ustaz Zurilazman

Majlis seterusnya menjemput Ustaz Syed Farhan Hanafi bin Syed (Pengerusi KKGK), Tuan Haji Khairul Azhar (YDP PIBG) serta Puan Rohaidah Binti Mohd Ali (Guru Besar) untuk memberi ucapan dan kata-kata terakhir buat Encik Shahrizal. 

 

Ucapan dari Ustaz Syed Farhan

Ucapan dari Tuan Haji Khairul Azhar


Ucapan dari Puan Hajah Rohaidah

Seterusnya, tidak lengkap seri majlis tanpa mendengar ucapan azimat terakhir dari Encik Sharizal buat rakan-rakan guru sebelum meninggalkan seribu kenangan bersama selama 17 tahun di SKTPP. 


Memori bersama Encik Shahrizal diimbau melalui tayangan video yang pasti akan menjadi kenangan terindah dan bermakna buat semua. 


Bagi menutup tirai majlis, Encik Sharizal diiringi barisan pentadbir dan tetamu jemputan ke hadapan untuk acara memotong kek dan seterusnya  upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan. 

Kek kenang-kenangan

Penyampaian cenderamata dari Puan Rohaidah

Penyampaian cenderamata daripada Tuan Haji Khairul Azhar

Penyampaian cenderamata daripada Puan Azizah (PK Pentadbiran)

Penyampaian cenderamata daripada Ustaz Syed Farhan (Pengerusi KKGK)
 
Penyampaian cenderamata daripada Puan Fatin Huzaikka (Ketua Panitia MT)

Penyampaian cenderamata daripada Puan Juli (Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Penyampaian cenderamata daripada Puan Astina (Setiausaha Kokurikulum)

Penyampaian cenderamata daripada Puan Rosmah (Mantan PK HEM SKTPP)

Majlis seterusnya diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan bersama yang diraikan, Encik Shahrizal bersama rakan-rakan guru. Sekalung terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis pada hari ini baik secara langsung maupun tidak langsung. 

TUAI PADI ANTARA MASAK,
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN;
INTAI KAMI ANTARA NAMPAK,
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN.


Disediakan oleh:
FATIN HUZAIKKA BINTI ABDUL AZIZ

No comments:

Post a Comment