Friday, November 19, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-39 (Sesi Pagi)

Tarikh : 15 November 2021 - 19 November 2021

Nama guru bertugas kumpulan C:

1. Azlina binti Mat Isa (K)

2. Nurzainon binti Mohd. Razalli (P)

3. Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah

4. Faridatul Akmal binti Ismail

5. Rafidah binti Salleh

6. Junaidah binti Rus

7. Rosmizawati binti Yusub

8. Jamunarani A/P Bhoja Rajan

9. Mazzaini binti Muda

10. Nur Murni binti Abdullah

11. Ahmad Musrizuan bin Daud

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera. 

 Alhamdulillah, minggu ini merupakan minggu ke -39 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Pada minggu ini juga persekolahan  yang melibatkan penggiliran murid bagi kumpulan A secara bersemuka berjalan lancar mengikut peraturan dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Murid-murid yang hadir pada minggu ini juga kelihatan gembira dan bersemangat meneruskan sesi persekolahan. Murid-murid juga sentiasa diingatkan agar patuh SOP dan sentiasa menjaga kebersihan diri bagi memutuskan rangkaian Covid-19.

Sepanjang persekolahan minggu ke-39 ini, pelbagai rangkuman peristiwa dan aktiviti telah dijalankan oleh pihak sekolah agar memastikan murid sentiasa bersemangat dan ceria untuk kembali meneruskan pembelajaran di sekolah. Antaranya adalah aktiviti Pemugaran Emosi Murid Tahun 4, 5 dan 6 bagi kumpulan B pada 15 November 2021 oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTPP. Aktiviti mencantikkan lagi lanskap kawasan sekolah, aktiviti sanitasi surau sekolah serta Sambutan Hari Guru Daerah Sepang juga telah berlangsung pada 16 November 2021 jam 9.00 pagi secara atas talian. Alhamdulillah dan tahniah juga diucapkan kepada guru SKTPP yang berjaya memenangi hadiah Cabutan Bertuah istimewa Bank Islam.

Tidak terlewat juga untuk warga SKTPP mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2020.  Selamat datang diucapkan kepada  PK Kokurikulum yang baru iaitu Puan Fauziah Salehoddin yang menggantikan Encik Shahrizal bin Ya'am yang bertukar ke SK Dato' Abu Bakar Baginda (SK DABB) sebagai PK Hal Ehwal Murid. Semoga kedatangan Puan Fauziah akan dapat melonjakkan lagi kemenjadian murid dan membawa SKTPP ke puncak kejayaan.

 Guru-guru  bertugas yang menyambut kehadiran murid seawal jam 7.00 pagi

Murid-murid mengambil bacaan suhu sebelum masuk ke kelas.

Murid-murid mencuci tangan sebelum masuk ke kelas.

 Murid-murid beratur dan menjaga jarak sewaktu mengambil makanan pada waktu rehat.

Aktiviti Pemugaran Emosi Murid Tahun 4,5 dan 6 (Kumpulan B)

Kawasan lanskap sekolah yang semakin cantik dan ceria

Proses sanitasi surau SKTPP

Selamat datang diucapkan kepada PK Kokurikulum yang baru; Puan Fauziah Salehoddin

Sambutan Hari Guru Daerah Sepang  2021

No comments:

Post a Comment