Friday, October 7, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-26 (Sesi Petang)

Tarikh: 3 hingga 7 Oktober 2022 
Tema: Warna coklat 
Kumpulan bertugas: Kumpulan B
Guru bertugas:
  1. En. Mohd Hadri b. Awang Idris 
  2. Pn. Suriyana bt Salim
  3. En. Afandi bt Mat Zain 
  4. Pn. Nor Holwani bt Yahaya 
  5.  Pn. Nornadzirah bt Abd Rahim
  6.  Pn. Saliza bt Mohd Osman
  7.  Pn. Ranjiny a/p Rajah 
  8.  Pn. Nor Saadah bt Abd Halim 
  9.  Pn. Nur Wahidatuldinah bt Hassan 
  10. Pn. Ummu Athiah bt Hashim
                                                       Barisan guru bertugas Kumpulan B

Alhamdulillah kita telah menginjak minggu ke-26 sesi persekolahan. Kali ini giliran Kumpulan B pula bertugas bagi memastikan kelancaran segala aktiviti di sekolah pada minggu ini. Berikut laporan perhimpunan rasmi kita pada kali ini.

Tarikh: 3 Oktober 2022
Hari: Isnin
Tempat: Dewan Perdana SKTPP
Pengacara Majlis: Pn. Nornadzirah bt Abd Rahim

1.0 Nyanyian, bacaan doa dan bacaan ikrar

  • Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Selangor dan lagu sekolah.
  • Bacaan doa dipimpin oleh adik Muhammad Syafiq Syahmi bin Sudirman (3 Turquoise)
  • Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Pn Nornadzirah bt Abd Rahim
  • Bacaan ikrar murid diketuai oleh adik Raisha Nur Khadeeja binti Ahmad Fadhlan (3 Turquoise)
2.0 Laporan guru bertugas Minggu ke-25 disampaikan oleh En Nor Amirul Fitri b Othman 
  • Murid-murid diingatkan tidak berlari-larian terutamanya ketika waktu rehat. Ini bagi mengelakkan kemalangan dan kecederaan berlaku.
  • Murid-murid diingatkan menjaga beg duit masing-masing supaya tidak tercicir. Ini kerana banyak  beg duit dijumpai tercicir terutamanya di Dewan Perdana.
3.0 Ucapan guru bertugas disampaikan oleh Pn. Nornadzirah bt Abd Rahim
  • Murid-murid perlu menanam sifat cintakan ilmu dengan rajin membaca.
  • Jadikan amalan membaca sebagai amalan wajib setiap hari.
  • Amalan membaca dapat menambahkan pengetahuan dan pengetahuan itu dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.
  • Perkataan LAWAD: 
  •  Bahasa Melayu: menerap - meniru
  • Bahasa Inggeris: roof- bumbung
  • Bahasa Arab: ummun - ibu  
4.0 Lain-lain
  • Pn Arnny Yusnita bt Md Enarji selaku Guru Perpustakaan dan Media (GPM) SKTPP tampil untuk memberi maklumat awal tentang  'Bulan Pusat Sumber SKTPP'
  • Beliau juga memperkenalkan guru Pusat Sumber bagi sesi petang iaitu Cik Amalina bt Abd Hamid, Pn Maizara bt Mahat dan Pn Siti Maziah bt Muhd Tajuddin
5.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Petang, Pn. Siti Raudah bt Hamid
  • Murid-murid diberi teguran agar menjaga etika ketika menyanyikan lagu rasmi seperti lagu Negaraku seperti berdiri tegak dan tidak bersembang.
  • Murid-murid diingatkan agar tidak memakai baju sukan pada hari Isnin kerana tiada matapelajaran Pendidikan Jasmani pada hari tersebut.
  • Murid-murid diingatkan agar berwaspada dan menjaga keselamatan diri masing-masing terutama ketika berada di luar kawasan sekolah agar terhindar daripada jenayah culik.
  • Memperkenalkan guru Prasekolah sesi petang yang baharu iaitu Pn Saliza bt Mohd Osman
Perhimpunan selesai pada pukul 1.45 petang.

DARI LENSA KAMERA

Murid-murid tekun mendengar amanat yang disampaikan

Pn Nornadzirah selaku pengerusi majlis

Pn Arnny Yusnita memberi pendedahan awal tentang Bulan Pusat Sumber
                         
Pn Siti Raudah selaku PK Petang menyampaikan amanat dan teguran kepada semua

Pada hari Jumaat bersamaan 7 Oktober 2022 telah diadakan Pelancaran Kempen Galakan Membaca & Galak Guna Pusat Sumber  sempena Bulan Pusat Sumber SKTPP yang berlangsung sepanjang bulan Oktober ini. Majlis pelancaran yang bertemakan Arabian 1001 Cerita telah dirasmikan oleh Guru Besar SKTPP iaitu Puan Rohaidah bt Mohd Ali dan Pn Siti Raudah bt Hamid selaku PK Petang. Berikut sedikit perkongsian kemeriahan majlis pelancaran ini:

Persembahan murid ala-ala Ali Baba Bujang Lapok yang memukau 

Momen-momen pelancaran

Pemenang Busana Terbaik Cikgu Arzah dan Cikgu Amirul

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment