Friday, October 7, 2022

Kunjungan Pengurusan Brainy Bunch

Hari ini pihak sekolah telah dikunjungi tetamu istimewa dari Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch Cyberjaya yang terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan Hel Ehwal Murid (HEM), Guru Disiplin & Pendaftar sekolah berkenaan. Mereka berhasrat untuk berkenalan & berbincang khusus berkaitan pengurusan HEM sekolah.

   YDP PIBG SKTPP; Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian yang kebetulan berjubah sesuai dengan tema arabian sempena majlis Pelancaran Bulan Pusat Sumber hari ini, turut sama meraikan pengurus sekolah antarabangsa yang tersohor ini. Tn. Hj. Khairul Azhar telah berkongsi pengalaman luas beliau dalam PIBG dengan pihak pentadbiran Brainy Bunch tersebut dalam hal mengurus ibu bapa & membantu pihak sekolah mengendalikan pelbagai masalah murid. 

   Seterusnya para tetamu telah dibawa melawat Pusat Sumber Ujana Ilmu dan Bilik Sumber PPDa.. Semoga ukhwah yang terjalin ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.










Melawat Ujana Ilmu




Melawat Ruang Rehat Guru Sejahtera yang telah memperoleh Anugerah Khas 5 Bintang Peringkat Negeri Selangor 2020



Menyantuni Ustazah Umi Nazrah

Adik Nafisah yang bijak & tenang menjawab setiap persoalan yang diajukan

Pengetua Brainy Bunch; Ustaz Aden membacakan doa untuk adik Nafisah

Sehingga berjumpa lagi

No comments:

Post a Comment