Friday, October 14, 2022

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah SKTPP 2022M/1444H (Sesi Pagi)

   Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bagi tahun 2022M/1444H telah diadakan pada 14 Oktober 2022 bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana. Sambutan ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam dan Panitia Bahasa Arab serta Musalla Raudatul Ilmi SK Taman Putra Perdana. Majlis ini melibatkan semua warga sekolah iaitu murid Prasekolah, murid PPKI, murid tahun 4 hingga tahun 6 serta semua guru dan kakitangan sekolah yang beragama Islam.

    Sebelum majlis dimulakan, semua murid dan guru membaca Yasin bersama-sama dan bacaan Yasin tersebut dipimpin oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif. Pada Pukul 8.00 pagi, Pengerusi majlis iaitu Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah memulakan majlis dengan menjemput Ustaz Zurilazman bin Abdullah membaca doa bagi memberkati majlis ini. 

  PU Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz bin Abu Bakar telah dijemput untuk menyampaikan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul. Ceramah yang disampaikan oleh PU Hafiz bukan sahaja mengingatkan semua tentang sirah Nabi Muhammad dari kelahirannya sehingga kewafatan Rasulullah tetapi menyampaikan pengajaran dan hikmah dari sirah Nabi Muhammad. Murid-murid diingatkan supaya mencontohi sifat-sifat Rasulullah dan mengamalkan ajaran yang disampaikan dalam sunnah Rasulullah. 

 Penceramah berjaya menarik minat murid untuk mendengar ceramah tersebut dengan alunan doa bersama murid dan bersoal-jawab dengan murid-murid. Kuiz terbuka mengikut tahun turut mendapat respon yang baik dalam kalangan murid. Murid yang berjaya menjawab soalan kuiz menerima hadiah yang disediakan oleh penganjur.

    Sebelum majlis berakhir, semua murid dan guru serta penceramah berselawat bersama-sama yang dipimpin oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah. Pada akhir majlis, acara penyampaian cenderahati kepada PU Hafiz yang disampaikan oleh Guru Besar; Pn Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali. Semoga majlis Sambutan Maulidur Rasul tahun ini memberi keberkatan kepada semua warga sekolah SKTPP.


Buku program 

Bacaan Yasin

Ceramah yang disampaikan oleh PU Hafiz

Ahli jawatankuasa majlis 

Edaran cenderahati kepada semua guru 
Alunan Selawat 

Penyampaian cenderahati kepada penceramah. Terima kasih


Disediakan oleh :
Nurzainon binti Mohd Razalli

No comments:

Post a Comment