Friday, October 21, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-28 (Sesi Petang)

Tarikh: 17 hingga 21 Oktober 2022 

 Tema: Unit Beruniform
 Kumpulan bertugas: Kumpulan D
 Guru bertugas:
1. En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil
2. Pn. Norazah binti Mohd Ali
3. Pn. Halijah bint Mihat
4. Pn. Rohani binti Mansor
5. Pn. Nur Rihazrin binti Rahman
6. Pn. Noor Azlinda binti Kasmin
7. Pn. Nashirah binti Taib
8. Pn. Salina binti Mohd Tasu
9. Pn. Nur Azizati binti Ahmad

Barisan guru bertugas Kumpulan D

Pada minggu ke-28 giliran Kumpulan D pula bertugas bagi memastikan kelancaran segala aktiviti di sekolah pada minggu ini. Berikut laporan perhimpunan rasmi kita pada kali ini.

Tarikh: 17 Oktober 2022
Hari: Isnin
Tempat: Dewan Perdana SKTPP
Pengacara Majlis: Pn. Rohani binti Mansor



1.0 Nyanyian, bacaan doa dan bacaan ikrar
  • Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.


  • Bacaan doa dipimpin oleh adik Muhammad Syafiq Syahmi bin Sudirman (3 Turquoise)

  • Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Pn Rohani binti Mansor Rahim

  • Bacaan ikrar murid diketuai oleh adik Annisa Jannah binti Mohd Fadil (3 Amber)


2.0 Laporan guru bertugas Minggu ke-27 disampaikan oleh En. Saifullah


  • Murid-murid perlu menanamkan sifat tanggujngawab dan cintakan sekolah. Peralatan yang digunakan ketika matapelajaran Pendidikan Jasmani yang telah digunakan perlu dikembalikan ke tempatnya. Pastikan peralatan tersebut tersusun dan kemas.
  • Jika terjumpa peralatan yang tidak diletakkan di tempat yang betul, murid mestilah ada sifat prihatin dan tanggungjawab untuk meletakkan ditempat yang betul.
  • Murid dinasihatkan tidak membeli makanan yang dijual di luar kawasan sekolah terutama ketika pulang sekolah. 
  • Menjaga kebersihan sekolah adalah tanggungjawab bersama. Plastik makanan perlulah dibuang di dalam tong sampah, dan jangan meninggalkan sampah di dewan dan di hentian bas.
3.0 Ucapan guru bertugas disampaikan oleh Pn. Rohani
  • Tema minggu ini adalah kesetiaan. Kesetiaan adalah dari perkataan asal setia. Contoh kesetiaan adalah Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu memupuk semangat kesetian kepada Raja dan Negara kita. 

  • Perkataan LAWAD: 
  • Bahasa Melayu: menerap - meniru
  • Bahasa Inggeris: roof- bumbung
  • Bahasa Arab: ummun - ibu  

5.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Petang, Pn. Siti Raudah bt Hamid


  • Murid diingatkan bahawa setiap hari Isnin, waktu perhimpunan murid diwajibkan memakai Uniform sekolah. Murid tidak dibenarkan memakai pakaian sukan.
Perhimpunan selesai pada pukul 1.30.

Gambar-gambar aktiviti yang berlangsung sepanjang minggu ini;


















Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment