Friday, October 14, 2022

Laporan Bertugas Minggu Ke-27 (Sesi Pagi)

Tarikh    : 10 Oktober 2022 hingga 14 Oktober 2022

Hari       : Isnin hingga Jumaat

Masa     : 7.00 pagi hingga 1.30 petang

Senarai nama guru bertugas :

1. Rosmizawati Binti Yusuf (K)

2. Syed Farhan Hanafi Bin Syed Abdullah (P)

3. Faridatul-Akmal Binti Ismail

4. Junaidah Binti Rus

5. Nur Murni Binti  Abdullah

6. Nurul Iman Binti IIIyas

7. Ahmad Musrizuan Bin Daud

8. Jamunarani a/p Bhoja Rajan

9. Mazzaini Binti Muda

10. Mohd Azarul Bin Mohd Mokhtar

11. Muhammad Afiq Bin Azli

12. Siti Fatimah Binti Wan Yaacob

Minggu persekolahan minggu ke-27 telah melabuhkan tirai. Guru-guru bertugas Kumpulan C menjalankan tugas sepanjang minggu ini dengan lancar. Pada minggu ini, sesi persekolahan bermula pada hari Selasa memandangkan hari Isnin merupakan cuti perayaan bagi semua warga sekolah bersempena Sambutan Maulidur Rasul.

Berikut dilampirkan suasana persekolahan pada minggu ini :

1. Program "Jom Teroka 10 minit "

Sesi persekohan yang bermula pada hari Selasa dimulakan dengan program 'Jom Teroka 10 minit ' bawah anjuran Bulan Pusat Sumber. Program ini berlangsung selama 10 minit di dalam kelas masing-masing dengan penglibatan semua murid dan guru mata pelajaran di dalam bilik darjah dan luar biilik darjah.

               


2. Senamrobik Sempena Program Hari Sukan Negara

Hari    : Khamis

Tarikh  :13 Oktober 2022

Masa  : 8.00 - 9.30pagi

Tempat : Dataran Perhimpunan SKTPP

Aktiviti senamrobik sempena Sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah berjalan lancar dan meriah. Terima kasih kepada AJK yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. 



 
3. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Islam pada hari Jumaat 14 Oktober 2022. Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. di samping menghayati sirah hidup baginda.

    


4. Kem Santapan Minda Sentuhan Rohani

Kem Santapan Minda Sentuhan Rohani telah dilaksanakan pada hari Jumaat & Sabtu 14 Oktober 2022 hingga 15 Oktober 2022. Kem ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling SK Taman Putra Perdana. Kem ini melibatkan murid tahun 6 dan 5. Tahniah dan syabas kepada para peserta dan AJK Pelaksana kerana telah menjayakan kem ini dengan begitu cemerlang.


     


Sekalung tahniah dan terima kasih juga atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru bertugas sepanjang minggu ini. Tidak dilupakan juga buat semua warga sekolah yang turut  sama berganding bahu dalam menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga SKTPP terus cemerlang dalam segala program dan aktiviti yang disertai.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh : Pn.Jamunarani Bhoja Rajan

No comments:

Post a Comment