Tuesday, October 4, 2022

Laporan Bertugas Minggu Ke-26 (Sesi Pagi)

Tarikh: 3 Oktober 2022 hingga 7 Oktober 2022

Hari: Isnin hingga Jumaat
Tema: Berfikiran positif

 

Senarai Nama Guru Bertugas :

 

Kumpulan B

1.  Musaliha binti Mustafa (K)

2.  Roslinda binti Mansor (P)

3.  Safinatunajakh binti Mat Som

4.  Nurul Nadirah binti Kamarulzaman

5.  W.Rosmawati binti W.Ibrahim

6.  Roseniza binti Setapa

7.  Rosmawati binti Md Desa

8.  Jamilah binti Mohd Yusof

9.   Rafidah binti Salleh

10. Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib

11. Wan Faizol bin Wan Mat

12. Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin

 

Barisan Guru Bertugas Kumpulan B

Laporan Perhimpunan Rasmi

Tarikh: 3 Oktober 2022
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi - 8.00 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SKTPP
Pengacara Majlis: Adik Kaashif Nur Kihara binti Ahmad Fadhlan, Tahun 5 Vivo
Tema warna: Coklat
Tema ucapan: Berfikiran positif

 

1.0 Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar.

  • Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. 
  • Bacaan doa dipimpin oleh Adik Muhammad Auza’ei bin Jamaluddin (6 Ibnu Qayyim).

     

  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai Pn. Safinatunajakh binti Mat Som.
  • Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh Adik Muhammad Adam Syaqir bin Mohd Hafiz (6 Ibnu Thufail).

2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-25 disampaikan oleh Cik Claudia Jacqueline Charles Nelson

  • Semasa waktu balik, murid perlu beratur dan turun tangga dalam satu barisan bagi mengelakkan kemalangan berlaku semasa menuruni tangga. Pada waktu balik juga, murid perlu menoleh ke kiri dan kanan sebelum melintas. Amalan ini amat perlu dititikberatkan kerana banyak kenderaan yang berhenti dan bergerak di hadapan ruang menunggu.  
  • Pesanan kepada murid-murid yang mengikuti kelas Pendidikan Jasmani agar tidak meninggalkan barang berharga di dalam kelas bagi mengelakkan kecurian barang. Murid-murid juga diingatkan agar sentiasa bertanggungjawab dengan mengemas peralatan selepas digunakan.
  • Pastikan murid menjaga atau menyimpan duit masing-masing dengan cermat. Ini disebabkan, setiap hari ada sahaja didapati duit yang tercicir.
  • Budayakan memberi salam atau ucap selamat apabila berselisih dengan guru-guru mahu pun kakitangan sekolah yang lain.

3.0 Ucapan Guru Bertugas Minggu ini telah disampaikan oleh Pn. Safinatunajakh binti Mat Som.

Berfikiran positif adalah melihat perkara-perkara yang berlaku dari perspektif yang lebih menggembirakan, memperkaya dan optimis. Ianya juga bermaksud, kebolehan berfikir dan bertindak secara rasional dalam menghadapi sebarang situasi.

LAWAD pada minggu ini:

Bahasa Melayu : Ayam tambatan – orang harapan
Bahasa Inggeris : Create - cipta

4.0 Taklimat PSS (Ujana Ilmu) oleh Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji

  • Sepanjang bulan Oktober adalah merupakan Bulan PSS SKTPP. Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti peminjaman buku, kuiz, pertandingan Azan di bawah Panatia Pendidikan Islam, Pertandingan nyanyian di bawah Panatia Pendidikan Muzik dan sebagainya.


5.0 Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Datin Noraizah binti Dun

  • Murid-murid perlu meningkatkan keselamatan apabila berada di luar sekolah terutamanya murid-murid yang berjalan kaki dan menunggang basikal.
  • Berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali bagi menggelakkan kes penculikan berlaku.
  • Tidak dibenarkan hadir sekolah selepas sesi persekolahan tamat tanpa arahan guru.


6.0 Majlis Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada peserta Kursus Ujian Kenaikan Pangkat Koperal / Lans Koperal Tunas Kadet Remaja Sekolah TKRS Daerah Sepang 2022 di Pusat Kokurikulum Bagan Lalang, Sepang.  .

7.0 Majlis Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada pemenang pertandingan-pertandingan di bawah kelolaan program Ko-kurikulum sekolah.




 DARI LENSA KAMERA

Kehadiran murid-murid ke sekolah

 



Murid-murid PPKI bersedia ke tapak perhimpunan

Murid-murid bersedia sebelum perhimpunan rasmi bermula

Barisan Pentadbir dan guru-guru bersedia untuk perhimpunan rasmi

 

Murid-murid menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah

Bacaan ikrar penuh semangat

Antara murid-murid yang menerima hadiah dan sijil

 


Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : En. Muhammad Dzarfan b. Kamar Bahrin

No comments:

Post a Comment