Friday, October 28, 2022

Laporan Bertugas Minggu Ke-29 (Sesi Petang)

Tarikh    : 27 - 28 Oktober 2022

Hari        : Khamis dan Jumaat

Masa      : 1.00 – 5.50 petang

                  2.30 – 5.50 petang (Jumaat)

 

Senarai Nama Guru Bertugas Kumpulan E:

1.       Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim

2.       Nor Arzah binti Hussin

3.       Aizil Hasyimi bin Abd Rahman

4.       Maizara binti Mahat

5.       Zalina binti Ismail

6.       Hastipa @ Zaiton binti Mat Daud

7.       Nor Azian binti Ahmad

8.       Shurhama binti Ahmad

9.       Suphasara Supranie a/p Airak

10.   Suziana binti Mohd Makhtar

Minggu ini sesi persekolahan hanya berjalan selama dua hari iaitu pada hari Khamis dan Jumaat sahaja.  Ini adalah kerana sempena cuti Perayaan Hari Deepavali yang bermula pada 22 Oktober 2022 (Sabtu) hingga 26 Oktober 2022 (Rabu).  Pada minggu ini juga merupakan Minggu Penutupan Bulan Pusat Sumber (Ujana Ilmu) yang telah berjalan selama satu bulan sepanjang bulan Oktober ini.

Pada hari Khamis, 27 Oktober 2022 telah berlangsungnya Penghakiman Pertandingan Sudut Terbaik Nilam bagi kelas-kelas tahun 1 hingga tahun 6.  Penghakiman ini hanya dijalankan pada sesi pagi sahaja. Pada hari ini juga terdapat jualan buku daripada Syarikat Tiong Seng.

Pada hari Jumaat, 28 Oktober 2022 telah berlangsungnya Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber (Ujana Ilmu) peringkat sekolah.  Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi anugerah-anugerah  dan pertandingan-pertandingan sempena Bulan Pusat Sumber.  Antara pertandingan yang dipertandingkan adalah:

1.        Prasekolah – ‘Guess What?’ - Crossword Puzzle

2.       Tahun 1 - ‘Saya & Uniform’ - Pertandingan Mewarna & Melabelkan Pakaian Rasmi Sekolah

3.       Tahun 2 - ‘Ceriakan Imiginasiku’ - Pertandingan Mewarna Kulit Buku

4.       Tahun 3 - ‘Seninya Rumiku’ - Pertandingan Khat

5.       Pertandingan Terbuka Tahap 1

a.       ‘Dengarlah Seruanku’ - Pertandingan Laungan Azan

b.       ‘Mencari Bintang’’ - Pertandingan Nyanyian

c.       ‘Skuad, Siap Sedia!’ - Kuiz Harian

d.       ‘The Great Wonderer’ - Pengunjung Teraktif (Murid)

e.       Busana Terbaik Kategori Murid (1001 Cerita – Arabia Theme)

6.       Sudut Terbaik Nilam 2022/2023

7.       ‘Pujangga Alam’ - Pembaca Terbanyak (Guru & Staf)

8.       Busana Terbaik Kategori Guru & Staf (1001 Cerita – Arabian Theme)

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang dua hari persekolahan ini.

Suasana murid sesi petang hadir di pagar B.

Suasana di kantin pada waktu rehat.

Murid-murid menikmati makanan di kantin.

Suasana balik di pagar B.

Murid-murid menunggu ibu bapa masing-masing di pagar A.

Pengerusi majlis yang bertugas, Ustazah Nor Rafini dan Cikgu Hasbullah. 

Maskot dari Syarikat Buku Tiong Seng.

Gimik Penutupan Bulan Pusat Sumber. 

Pemenang Busana Terbaik kategori murid.

Pemenang Busana Terbaik kategori guru.
                             
Pemenang aktiviti Tahun 1
                              
Pemenang aktiviti Tahun 2
                               
Pemenang aktiviti Tahun 3
                             
Pemenang Pembaca Terbanyak kategori guru.

Pemenang Pengunjung Teraktif kategori guru.

Pemenang Sudut Nilam Terbaik - Kelas 1 Porsche
                              
Pemenang Sudut Nilam Terbaik - Kelas 2 Camar

Penjualan buku oleh Syarikat Tiong Seng

Maskot bergambar dengan guru dan murid.

Guru-guru sesi petang bergambar kenangan


Laporan disediakan oleh:
Pn Maizara binti Mahat

No comments:

Post a Comment