Sunday, October 16, 2022

Hari Sukan Negara 2022


Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif. Selain itu, ia dapat memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum serta meningkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan industri sukan. 

        Pada tahun ini Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah menjayakan cita-cita negara melalui aktiviti Senamrobik sempena Program Sukan Negara 2022. Aktiviti Senamrobik sempena Program Hari Sukan Negara ini dijalankan seperti ketetapan berikut:

Hari :    Khamis
Tarikh :    13 Oktober 2022
Tempat :    Dataran Perhimpunan SKTPP
Masa :    Sesi pagi :        8.00 hingga 9.00 pagi
               Sesi petang :    4.50 hingga 5.50 petang

    Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para koordinator senamrobik atas komitmen menjayakan program kali ini. Mereka adalah terdiri daripada:
1.    En. Nor Amirulfitri bin Othman
2.    En. Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang
3.    En. Ahmad Zubair bin Hj. Muhamad Taib
4.    Cik Nurul Nadirah bin Kamarulzaman
5.    Cik Claudia Jacqueline Charles Nelson
6.    Cik Syahirah binti Tumar
7.    Cik Azwane binti Adnan
8.    Cik Nurul Hanani binti Mohamad Kamal
9.     Pn. Suziana binti Mohd Makhtar
10.   Pn. Suphasara Supranie a/p Airak
11.   Pn. Nor Azian binti Mat Anuar dan murid-murid Aktif Jam

    Berikut adalah sisipan gambar sepanjang program ini berlangsung;




















Ribuan terima kasih kepada semua warga SKTPP dalam menjayakan program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah tahun ini. Moga dapat bersua lagi pada tahun hadapan. Terima kasih. 

Disediakan oleh:
Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz

No comments:

Post a Comment