Saturday, October 15, 2022

Kempen Galakan Membaca & Galak Guna Pusat Sumber, Sempena Bulan Pusat Sumber (sesi petang)

Buat julung-julung kalinya Pusat Sumber SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan Kempen Galakan Membaca dan Galak Guna Pusat Sumber yang turut melibatkan kolaborasi unit-unit di bawah Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum, PPKI dan Prasekolah.  

Kolaborasi ini sudah pastinya menyajikan pelbagai aktiviti menarik sepanjang sebulan kempen berlangsung. 

Antara objektif kempen adalah :

  • Sebagai satu medium untuk mempromosi program galakan membaca di sekolah. 
  • Sebagai wadah menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam menyokong dan memantapkan pelaksanaan program galakan membaca.
  • Memupuk budaya dan semangat membaca sebagai asas ilmu pengetahuan. 
  • Menyemai sifat ingin tahu ‘curiousity’ melalui program literasi maklumat. 
  • Memperkukuhkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan murid.
  • Melestarikan budaya membaca berkualiti sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid. 
Jom sama-sama kita tinjau aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kempen dijalankan.

Antara aktiviti dan program sepanjang minggu pertama (3 - 7 Oktober 2022).




Video rakaman gambar program "Dari Mata Turun ke Hati" 
(lawatan murid-murid tahun 1 ke Ujana Ilmu)
3-7 Oktober 2022 


Pautan video rakaman sebahagian gambar sepanjang Majlis Perasmian Bulan Pusat Sumber 



Perasmian Bulan Pusat Sumber Sekolah telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar, Pn. Hjh Rohaidah binti Mohd Ali

Busana Terbaik Kategori Guru dimenangi oleh Cikgu Nor Arzah dan Cikgu Nor Amirul Fitri 


Rakaman gambar sepanjang minggu ke-2 program (10-14 Oktober 2022)




Video rakaman gambar program "Dari Mata Turun ke Hati" 
(lawatan murid-murid tahun 2 ke Ujana Ilmu)
10-14 Oktober 2022 


Aktiviti-aktiviti lain sepanjang minggu pertama dan kedua (3-14 Oktober 2022)


Pertandingan mewarna dan melabelkan pakaian rasmi sekolah bagi murid-murid tahun 1


Aktiviti jom teroka 10 minit, minggu ke-2

Berakhir sudah 2 minggu Kempen Galakan Membaca dan Galak Guna Pusat Sumber, yang sememangnya sarat dengan pelbagai aktiviti menarik dengan pengisian yang bermanfaat kepada murid-murid. 

Walaupun sibuk dengan pelbagai program-program yang lain, aktiviti-aktiviti yang dirancang tetap dapat dijalankan dengan baik dengan komitmen dan kesungguhkan semua rakan guru.

Kita nantikan pula laporan dan perkembangan lanjut minggu ke-3 dan ke-4, kempen ini nanti. 

No comments:

Post a Comment