Saturday, October 15, 2022

Kem Santapan Minda Sentuhan Rohani 2022

Kem Santapan Minda dan Sentuhan Rohani telah dilaksanakan pada ketetapan berikut: 

Tarikh: 14 Oktober hingga 15 Oktober 2022 (Jumaat hingga Sabtu)
Masa: 10.10 pagi (Jumaat) hingga 2.00 petang (Sabtu) – Murid Tahun 6
            2.30 petang (Jumaat) hingga 2.00 petang (Sabtu) – Murid Tahun 5
Tempat: SK Taman Putra Perdana 
Bilangan Peserta:

Tahun 5 - 60 orang
Tahun 6 - 151 orang 

Anjuran Bersama: 
  1. Unit Hal Ehwal Murid
  2. Unit Bimbingan & Kaunseling
  3. PIBG
  4. Jawatankuasa Tahun 6
  5. Unit HEM PPKI
  6. Panitia Pendidikan Islam
  7. Panitia Pendidikan Moral
Objektif Program
  1. Membentuk akhlak yang mulia dalam kalangan peserta dan menjadikannya sebagai pegangan dan amalan hidup.
  2. Memupuk kesedaran kepada peserta akan tanggungjawab yang dipikul sebagai pelajar terhadap diri, keluarga dan sekolah.  
  3. Meningkatkan kesedaran ibu bapa akan keperluan pembentukan akhlak yang mulia terhadap anak-anak.
  4. Mengukuhkan kerjasama antara guru dengan ibu bapa sebagai pembentuk sahsiah para pelajar.

Ringkasan Program

Program ini dikendalikan oleh pihak Geng Take Action (GTA) dimiliki oleh Encik Mohd Shahril bin Mohd Sabri bermula pada 14 Oktober 2022 (Jumaat) jam 10.00 pagi  iaitu slot motivasi untuk semua murid tahun 6 yang berlangsung di Dewan Perdana. Pada jam 2.30 petang, seramai 151 orang peserta tahun 6 dan 60 orang peserta tahun 5 telah membuat pendaftaran untuk menyertai kem ini. 

Pada jam 3.00 petang aktiviti Ice-Breaking dan pembahagian kumpulan (Slot 1) telah dilaksanakan. Seterusnya, pada jam 4.00 petang aktiviti Slot 2: Gamifikasi (explorasi minda dan fizikal) diadakan yang bertujuan untuk menguji fizikal, toleransi, kerjasama dan kekuatan emosi.

Pada jam 9.00 malam, Program Kerana Kami Sayang (Slot 3) sesi bersama ibu bapa dikendalikan oleh pihak GTA bersama penceramah jemputan, Encik Syawal. Pada ketika ini, ada ibu bapa dan anak-anak menitiskan air mata kesedihan apabila masing-masing meluahkan isi hati dan harapan terhadap anak-anak. Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan iaitu seramai 140 orang.

Pada 15 Oktober 2022 (Sabtu), jam 8.00 pagi aktiviti Senaman Malaysia Sihat diadakan di Dataran Perhimpunan. Seterusnya Slot 4: Amalan Hebat Pelajar Berjaya, Slot 5: Bahaya Gejala Sosial & Salah Guna Teknologi, Betapa Rosaknya Pornography, dan Slot 6: Praktikal Mengurus Ego & Emosi Remaja Darah Muda dijalankan di Dewan Perdana.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP. Turut hadir bersama Puan Normawati binti Saad, Naib Yang Dipertua PIBG SKTPP. 

Penyampaian hadiah kepada pemenang berkumpulan mengikut kategori:

  1. Paling Havoc - Kumpulan Bilal Rempit
  2. Paling Ceria - Kumpulan Cicak Kobeng
  3. Paling Pantas - Kumpulan Buaya Beriman
  4. Paling Cemerlang - Kumpulan Tikus Mengaum
  5. Paling Marvelous - Kumpulan Imam Rempit
  6. Paling Sporting - Kumpulan Budak COD
  7. Paling Rare - Kumpulan Makcik Speedmart
  8. Paling Advance - Kumpulan Hitam Premium

 Pemenang Individu:

  1. Budak Shopee
  2. Budak PUBG
  3. Budak JNT
  4. Makcik Bawang
  5. Biawak Bertahajud
  6. Kucing Mengembek
  7. Makcik Tersengih

Pelajar Terbaik Kategori Lelaki

  1. Muhammad Syawal Aqil bin Azhar (6 Al Farabi)
  2. Noor Azraei Rizq bin Noorazwan (6 Al Khawarizmi)

Pelajar Terbaik Kategori Perempuan

  1. Asyira Farisya binti Mohd Asmal (6 Ibnu Thufail)
  2. Orked Amani binti Mohd Radzwan (5 Oppo)

Lensa kamera sepanjang dua hari program ini berlangsung:

Cikgu Roslinda (Pengacara Majlis) dan Ustaz Zurilazman (Bacaan Doa)



Slot Motivasi untuk semua murid Tahun 6

Sesi bergambar selepas tamat slot motivasi


AJK Pendaftaran bersama Puan Normawati (NYDP PIBG)

Puan Hajah Rohaidah (GB) bersama guru-guru turut serta dalam aktiviti Slot 1


Slot 2: Gamifikasi



AJK Bilik Penginapan

Slot 3: Sesi bersama ibu bapa


Cenderamata kepada Encik Syawal (Penceramah)

Ucapan perasmian penutup oleh Puan Hajah Rohaidah

Dari kiri: En Shahril, Puan Hajah Rohaidah, Puan Normawati



Pelajar Terbaik Kategori Lelaki

Pelajar Terbaik Kategori Perempuan

Penyampaian Sijil Penyertaan kepada wakil murid (M. Adel Aqdhani)

Sijil Penghargaan daripada SKTPP kepada pihak GTA






Terima kasih diucapkan kepada semua warga SKTPP, ibu bapa dan pihak GTA dalam menjayakan program ini. Semoga Kem Santapan Minda Sentuhan Rohani ini dapat memberi pengalaman kepada murid-murid sebagai pencetus semangat untuk meneruskan pelajaran hingga ke peringkat yang lebih tinggi di samping mempunyai akhlak yang mulia.

Ukiran indah cantik berseni,
Jadi hiasan di tepi tangga;
Santapan Minda Sentuhan Rohani,
Sahsiah terpuji akhlak terjaga.

No comments:

Post a Comment