Monday, July 15, 2013

FORUM SEMPENA BULAN BAHASA 2013

Tarikh    : 13 Julai 2013
Hari       : Sabtu
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP


Tajuk Forum : Budaya Facebook dalam Kalangan Murid

Sempena Bulan Bahasa 2013, telah berlangsung satu forum yang dikendalikan oleh murid bertajuk Budaya Facebook dalam Kalangan Murid. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang julung-julung kali diadakan di sekolah ini. Forum ini terdiri daripada  tiga orang ahli panel iaitu Nor Ain Natasha bt Md Rozaidi, Nur Anis Zarith Sofia bt Zam Azizol, dan Nur Aliah Sabrina bt Mokhtar manakala moderator forum ini ialah Emran bin Ezral. 

     Aktivitif forum ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Malaysia telah berjaya memberi ruang kepada pelajar mengutip pengalaman baharu. Murid juga dilatih berani untuk tampil di hadapan khalayak. Selain itu, murid diterapkan nilai berdikari dan bekerjasama dalam mencari maklumat-maklumat berkaitan topik.

   Forum ini sedikit sebanyak melatih murid melontarkan idea secara spontan.  Ini dapat dilihat melalui slot soal jawab antara audien bersama ahli panel.  Barisan guru yang menjadi penilai sepanjang forum ini berlangsung terdiri daripada Puan Noor Azila bt Ngah, En. Shahrizal b. Ya'am, dan Puan Zailezah bt Sardi.  Forum ini juga turut mendapat sokongan ibu bapa apabila turut mengajukan dua soalan kepada ahli panel. Semoga aktiviti ini mampu memberi inspirasi dan menyuntik semangat murid-murid lain untuk melibatkan diri dalam forum pada masa hadapan.
Puan Mazzaini sebagai Pengacara Majlis
Ucapan perasmian daripada Tuan Guru Besar, Encik Sukimin Bin Juki
Guru-guru SK Taman Putra Perdana
Barisan Panel bersama dengan Jurulatih, Pn. Azila
Cenderahati


Ahli panel yang terdiri daripada Nor Ain Natasha bt Md Rozaidi, 
Nur Anis Zarith Sofia bt Zam Azizol, 
dan Nur Aliah Sabrina bt Mokhtar 
manakala moderator forum ini ialah Emran bin Ezral 
Barisan Penilai Forum - Pn. Zailezah, Pn Azila dan En. Shahrizal

Wakil ibu bapa mengajukan soalan kepada ahli panel


Suasana semasa forum berlangsung
Cenderahati kepada pihak ibu bapa yang mengajukan soalan iaitu Pn. Norizan Bt. Alias
Cenderahati kepada pihak ibu bapa yang mengajukan soalan Pn. T. Sivajaneswari
Cenderahati kepada moderator-Emran bin Ezral
Cenderahati kepada ahli panel yang pertama-Nor Ain Natasha bt Md Rozaidi
Cenderahati kepada ahli panel yang kedua-Nur Anis Zarith Sofia bt Zam Azizol
Cenderahati kepada ahli panel yang ketiga-Nur Aliah Sabrina bt Mokhtar
Rumusan daripada guru penilai-Pn. Azila

Disediakan oleh Roseniza bt Setapa, Noor Azila bt Ngah, dan Noranismawati bt Mohd Faudzi



No comments:

Post a Comment