Hari : Isnin
Tarikh : 1 Julai 2013
Masa : 7.30 pagi hingga 8.30 pagi
Tarikh : 1 Julai 2013
Masa : 7.30 pagi hingga 8.30 pagi
GURU BERTUGAS:
1)
Encik Ismarizal bin Ismail
2)
Puan Astina binti Mahat
Nor
3)
Cik Nor Shuhada binti Mohd
Noor
4)
Puan Azlina binti Mat
Isa
5)
Puan Kwa Jin Nee
6)
Norhafiza binti Ismail
7)
Puan Zuraini binti Ismail
8)
Puan Noranismawati binti
Mohd Fauzi
LAPORAN:
1.0 Nyanyian, Bacaan Doa, dan Ikrar.
1.1 Nyanyian Lagu Negaraku,
Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah dipimpin oleh saudari Intan
Zulaikha binti Mustafa.
1.2 Bacaan Doa oleh pengawas, Muhamad
Syazwan bin Sa’ari (6 Tiung).
1. 3 Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Azlina
binti Mat Isa.
1. 4 Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas Sesi Pagi,
Nur Anis Zarith Sofea binti Zam Azizul (6 Tiung).
2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas ( Puan Nurliza
binti Ab Rahman)
2.1 Pergerakan murid ke bilik khas-murid - murid dikehendaki beratur
di luar kelas sebelum beredar ke bilik-bilik khas.
2. 2 Budaya salam – murid-murid dikehendaki membudayakan memberi salam
kepada warga SKTPP ketika bertembung.
2. 3 Waktu rehat tahun 6 – murid-murid dilarang membuat bising semasa
turun ke kantin untuk mengelakkan PdP tahun 4 dan 5 tidak terganggu.
2.4 Tidak dibenarkan berada dalam kelas
waktu rehat – semua murid mesti turun pada waktu rehat sama ada berada di
kantin atau dewan Putra.
3.0 Perkataan LAWAD Minggu Ini.
3.1 Bahasa Melayu : Iktibar – pengajaran, contoh, teladan
3. 2 Bahasa Inggeris : Print – cetak
4.0 Keceriaan Kelas Bagi Minggu ke-16
4. 1 PPKI : Tempat
pertama – Proaktif
Tempat kedua - Inovatif
Tempat kedua - Inovatif
Tempat
ketiga - Kreatif
4. 2 Tahun 4 :Tempat pertama – Wira
Tempat
kedua – Iswara
Tempat
ketiga – Persona
4. 3 Tahun 5 :
Tempat pertama – Seraya
Tempat
kedua – Balau
Tempat
ketiga – Keruing
4. 4 Tahun 6 :
Tempat pertama – Tiung
Tempat
kedua – Helang
5.0 Ucapan Guru Bertugas. (Puan Azlina binti Mat Isa)
Tema : Semangat Kesukanan
5.1 Definisi
Semangat bermaksud 1) Roh yang terdapat dalam makhluk.
2) Kemahuan untuk melakukan sesuatu.
Sukan bermaksud segala kegiatan yang memerlukan
ketangkasan atau kemahiran serta tenaga.
Kesukanan bermaksud perihal sukan.
5.2 Faedah , kebaikan, atau
manfaat murid-murid mempunyai semangat kesukanan
5.2.1 Aktiviti sukan dapat mengisi masa lapang
murid secara berfaedah dan seterusnya dapat mengelakkan murid-murid terlibat dengan gejala
negative seperti melepak, berfoya-foya di tempat yang tidak sepatutnya.
5.2.2 Murid-murid yang
menceburkan diri dalam bidang sukan secara serius dapat mengharumkan nama
sekolah.
5.2.3 Dapat mewujudkan budaya
yang sihat dalam kalangan murid. Hal demikian kerana, jika murid melibatkan diri
dalam aktiviti sukan secara tidak lansung ia akan mempunyai badan yang sihat.
6.0 Ucapan Guru Disiplin ( Encik Shahrizal bin
Ya’am)
6.1 Tatacara guna tangga tahun 4 dan tahun 5
secara berdua-dua – murid lelaki bergerak dahulu dan diikuti murid perempuan.
6.2 Spot
Check akan dilakukan pada bila-bila masa – semua murid mesti bersedia dari
segi rambut, lencana, kuku dan sentiasa berpakaian lengkap serta kemas.
7.0 Pelancaran Bulan Bahasa peringkat sekolah
Program Bulan Bahasa
Malaysia ini merupakan satu program tahunan bagi Panitia Bahasa Malaysia di
sekolah ini. Tema bulan bahasa pada
tahun ini adalah ‘ Bahasa Asas
Perpaduan’. Objektif program ini diadakan adalah:
i)
untuk
menambahkan kosa kata murid dalam pelajaran Bahasa Malaysia,
ii) untuk
memberi pengalaman baru kepada murid-murid yang terlibat secara langsung atau
tidak
langsung,
iii)
untuk
mengeratkan ikatan silaturrahim, yakni perpaduan dalam kalangan murid,
iv)
memupuk
semangat kerjasama sesama murid dan juga guru,
v)
menambah
minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Majlis
Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah bagi tahun 2013 telah dirasmikan oleh Encik Sukimin B. Juki, Guru
Besar SK Taman Putra Perdana. Dalam
ucapan, beliau menyentuh tentang tema Bulan Bahasa iaitu Bahasa Asas Perpaduan.
Sehubungan itu, beliau mengajak warga
sekolah untuk menghayati dan menghargai bahasa kebangsaan sebagai tonggak
bangsa kita dan cerminan jati diri kita. Sesungguhnya, bahasa yang kita
martabatkan itulah yang akan membentuk negara kita sebagai satu bangsa.
Berikut merupakan senarai aktiviti yang akan dijalankan dalam Bulan Bahasa:
i)
Pra sekolah : Tulisan Cantik dan Pantun
ii)
Tahun 1 : Cari Benda Tersembunyi dan
Bercerita
iii)
Tahun 2 : Mencari Sisip Suku Kata dan
Bersajak
iv)
Tahun 3 : Membentuk Kata dan
Bercerita
v)
Tahun 4 : Ganda Huruf dan Bersajak
vi)
Tahun 5 : Silang Sinonim dan Bersyair
vii)
Tahun 6 : Delapan Kekata dan Syarahan
viii)
Tahap 2 : Forum
8.0 Pengumuman
8.1 Aktiviti kokurikulum berjalan seperti
biasa pada minggu ini iaitu kelab & Persatuan
8.2 Murid yang kehilangan duit sebanyak RM
2.00 boleh berjumpa dengan Puan Azlina binti Mat Isa
9.0 Ucapan Penolong kanan Kurikulum (Puan Siti Habsah
Bt. Ahmad)
9.1 Ucapan selamat datang kepada guru-guru
latihan PPKI iaitu Muhammad Jakri bin Badin, Aziz Azwan bin Karim, Nur Hidayah
binti Taha dan Lousa Rini anak Maren.
9.2 PKSR 2 akan bermula pada 9 Julai hingga
19 Julai 2013. Semua murid mesti bersedia dan mengulang kaji pelajaran.
9.3 Penggunaan makmal komputer – semua murid
mesti mengikut peraturan ketika berada dalam makmal dan mengutamakan kebersihan
serta patuh pada arahan guru
8.3.1 Makmal 1 –
4 Iswara
Makmal 3 – 4 Alza
Perhimpunan tamat pada
jam 8.30 pagi.
Disediakan oleh : Puan Noranismawati binti
Faudzi, Puan Azlina binti Mat Isa dan Puan Roseniza binti Setapa (Laporan Bulan Bahasa)
No comments:
Post a Comment