Wednesday, July 10, 2013

Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Sempena Bulan Bahasa


       10 Julai 2013, Pertandingan Sajak Tahun 4 telah dilangsungkan di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana sempena Program Bulan Bahasa Peringkat Sekolah 2013. Aktiviti ini dijalankan serentak dengan Pertandingan Pantun Prasekolah. Kedua-dua aktiviti ini bermula pada jam7.30 pagi hingga 8.30 pagi.

       Berikut adalah paparan gambar yang sempat dirakam.

                                       
Murid-murid sedang khusyuk menghayati sajak yang dideklamasikan oleh rakan mereka.

Juri-juri yang mengadili pertandingan pantun.
 

Pelajar prasekolah begitu asyik menonton persembahan.

Pelajar prasekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan membaca pantun.

Pn.Nurliza selaku juruacara sedang memujuk peserta prasekolah membuat persembahan.


Salah seorang peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan mendeklamasikan sajak.

No comments:

Post a Comment