... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, July 31, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE-28 (SESI PETANG)

Hari     :           Isnin
Tarikh  :           29 Julai 2013
Masa    :           4.45 petang hingga 5.35 petang
                                      
GURU BERTUGAS:
Puan Azizah bt Ab Hamid
Puan Nurrulhuda bt Yaacob
Puan Nora bt Sabihi
Puan Wan Sarinah
Puan Nazahiyah
Cik Mazni bt Napiah

LAPORAN:
1.0              Nyanyian, Bacaan Doa, dan Ikrar
1.1              Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
1.2              Bacaan doa oleh pengawas, Asyraaf Aqasha bin Mohd. Fadzir (3 Zeta)
1.3              Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Nurrulhuda bt Yaacob.
1.4              Ikrar murid oleh pengawas, Alya Fariha bt Azairry.
2.0              Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Suriyana bt Nanyan)
2.1              Waktu Rehat.  Murid-murid diingatkan agar duduk dengan tenang di Dewan Perdana ketika    menonton tayangan yang disediakan.
2.2              Peringatan kepada murid-murid agar tidak hadir lewat ke sekolah dan tidak berlari ketika 
                   pulang ke rumah.
2.3              Murid-murid diingatkan untuk tidak bermain berhampiran tembok di hadapan sekolah.
3.0              Ucapan Guru Bertugas Minggu ke-28 (Puan Nurrulhuda)
3.1              Tema  :  Menghormati hak orang lain
3.2              Murid-murid diingatkan supaya sentiasa menghormati hak-hak orang lain kerana ianya amat    dituntut oleh agama.
3.3              Hak terbahagi kepada dua iaitu hak secara fizikal dan hak secara lahiriah.
                   Hak Fizikal- contohnya murid tidak boleh mengambil harta benda rakan-rakan seperti pensel, 
                   pemadam, duit dan lain-lain.
                   Hak lahiriah- murid perlu menjaga maruah, kehormatan serta harga diri rakan-rakan seperti 
tidak mempersendakan, berkata perkara yang tidak elok kepada rakan dan sebagainya.
3.4           Perkataan LAWAD
3.4.1        Bahasa Malaysia         -  Hangat bermaksud  panas api
3.4.2        Bahasa Inggeris           -  Orchard  bermaksud dusun
3.4.3        Bahasa Arab               -  Samakun bermaksud  ikan

4.0   Keputusan Keceriaan Kelas Bagi Minggu ke-28
4.1   Tahun 1:
         Tempat pertama          -           Anestesiologi
         Tempat kedua             -           Respiratori
         Tempat ketiga             -           Kardiologi
4.2    Tahun 2:
         Tempat pertama          -           Zuhrah
         Tempat kedua             -          Musytari
         Tempat ketiga             -          Neptun
4.3   Tahun 3:
        Tempat pertama          -          Delta
        Tempat kedua             -          Zeta
        Tempat ketiga             -          Omega

5.0   Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah Sempena Bulan Bahasa Tahun 2013
        dipengerusikan oleh Pn Jumilah bt Ahmad.
         Acara yang dipertandingkan adalah seperti di bawah:
                     5.1   : Tahun 1 – Teka silang kata dan bercerita
                     5.2   : Tahun 2 – Mendeklamasikan sajak
                     5.3   : Tahun 3 – Bercerita 

6.0 Ucapan Penyelia Petang (En. Rosdin Bin Ibrahim)

6.1  Semua murid perlu lebih berdisiplin agar majlis penutupan ini akan berjalan dengan lebih lancar.
6.2  Murid-murid diingatkan supaya mengamalkan penggunaan bahasa yang betul semasa berkomunikasi dengan rakan-rakan, ibubapa serta guru-guru dan tidak menggunakan bahasa pasar.

Antara paparan semasa penyampaian hadiah:


Antara hadiah yang akan disampaikan oleh Encik Rosdin
Murid yang memenangi pertandingan bercerita






                     

No comments:

Post a Comment