Tazkirah Mingguan Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.
Tarikh : 12/07/2013
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Tempat Perhimpunan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah kerana memberi kita semua nikmat melaksanakan tanggungjawab kita kepada agama, bangsa dan negara. Bersesuaian dengan bulan Ramadhan yang mulia, tajuk tazkirah pada minggu ini adalah 'Perkara-perkara yang membatalkan puasa'. Tazkirah ini bertujuan memberi pemahaman secara umum kepada murid-murid.
Berikut perkara-perkara yang membatalkan puasa:
1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Memasukkan sesuatu kedalam rongga badan.
3. Muntah dengan sengaja.
4.Mabuk dan pengsan sepanjang hari.
5.Bersetubuh pada siang hari.
6.Keluar haid/nifas/ wiladah.
7.Berbuka sebelum waktunya.
8.Murtad( keluar dari agama Islam samada dengan perkataan atau perbuatan.
9.Pengsan sepanjang hari.
Info tambahan: Sumber dari Seminar fekah Perubatan di Casablanca, Morroco.1997.
Segelintir umat Islam ragu-ragu terhadap sesetengah perkara yang berkaitan batal atau tidak puasa berkenaan situasi ini. Berikut perkara yang TIDAK membatalkan puasa dari sudut perubatan.
1.Penggunaan ubat titis mata, telinga dan basuh telinga.
2.Ubat tablet bawah lidah yang digunakan pleh pesakit Jantung.
3.Memasukkan ubat melalui faraj, memasukkan alat perubatan, membasuh dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina( Sebelum bersalin )
4.Memasukkan teropong sesalur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan xray.
5. Menampal, mencabut atau mengorek gigi dengan syarat tiada apa-apa bahan memasuki perut dari prosuder tersebut.
6.Suntikan melalui kulit, otot sendiri atau pembuluh darah kecuali memberi makanan melalui pembuluh darah.
7. Oksigen dan gas bius.
8. Mengambil sampel darah untuk ujian makmal.
Sehubungan itu, selamat beramal dan berpuasa.
Laporan disediakan oleh:
Salina Marhamah Shamsuddin
Guru bertugas 12/7/2013.
No comments:
Post a Comment