... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, July 9, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE-25 (SESI PETANG)
Hari     : Isnin
Tarikh : 8 Julai 2013
Masa  : 6:00 – 6:40 p.m

GURU BERTUGAS

1)       Encik Hafiz Md.Noor (K) 
2)       Encik Ahmad Zunaidi Jinalabin
3)       Puan Norazian Mat Anuar  
4)       Puan Nor Khusaini Salehudin
5)        Puan Nor Holwani Yahaya
6)       Puan Nur Azlin Mat Nor
7)       Puan Salmi Adnan

LAPORAN:
1.0  Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
1.1 Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
1.2  Bacaan Doa oleh pengawas, Asyraf Aqasha B. Mohd.Fadzir (3 Zeta)
1.3  Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Hafiz
1.4  Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas Sesi Petang, Alya Fariha Bt. Azairy (3 Sigma).

2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas ( Puan Ainul Balkish)
2.1 Murid dinasihatkan supaya lebih berdisiplin.  Terdapat murid-murid yang bertolak-tolak semasa perhimpunan dan tarik menarik beg sewaktu dalam perhimpunan sehingga menyebabkan ada yg terjatuh
2.2 Murid perlu beratur & berjalan beriringan. Tidak perlu pegang tangan sewaktu berjalan ke kelas.
2.3 Peringatan kepada murid mengenai laluan tangga:-
-> Tahun 1 - Tangga UPM
-> Tahun 2 - Tangga USM
-> Tahun 3 - Tangga UKM
Pastikan menggunakan tangga seperti yang telah ditetapkan.
2.4 Garisan Kuning sepanjang koridor sekolah: Murid-murid tidak boleh menghampiri atau melebihi garisan tersebut demi keselamatan murid.

3.0 Keceriaan Kelas Bagi Minggu ke-25
3.1 Tahun 1 : Tempat pertama –Hematologi
                   : Tempat kedua –Kardiologi
                   : Tempat ketiga –Anestesiologi
3.2 Tahun 2 : Tempat pertama –Marikh
                   : Tempat kedua –Musytari
                   : Tempat ketiga –Zuhrah
3.3 Tahun 3 : Tempat pertama –Alfa
                   : Tempat kedua –Zeta
                   : Tempat ketiga -Theta

4.0  Pelancaran Majlis Ihya Ramadhan ( Puan Norlida )


          Beliau menasihati murid agar rajin berpuasa, jangan berada di kantin bersama murid bukan Islam bagi mengelakkan diri dari batal puasa dan jaga adab semasa berpuasa.


         Majlis ini telah di rasmikan oleh Encik Rosdin. Antara ucapan beliau ialah murid digalakkan bersedekah di bulan Ramadhan, bersahur untuk mengelakkan dari letih atau sakit perut, mengambil wuduk bagi yang bertadarus serta jaga diri dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.



        Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan Seloka: Amalan Di Bulan Ramadhan oleh Muhammad Danish Aqil (3 Theta) dan Nur Asha Nabila (3 Theta)

Objektif
4.1 Menyedarkan tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan al-Mubarak
4.2 Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan sunat lain
4.3 Memberi peluang warga sekolah memberi sumbangan ikhlas dalam saham akhirat
4.4 Menggalakkan ibadah membaca al-Quran dalam kalangan guru dan pelajar
4.5 Menghayati dan mengimarahkan ibadat puasa dengan amalan sedekah dan solat sunat serta merapatkan lagi ukhwah sesama Islam

Aktiviti
1)    Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan
2)    Risalah Ramadhan
3)    Salam Akhirat
4)    Tadarus Al-Quran
5)    Tayangan video sirah Nabi Muhammad
6)    Majlis Khatam Al-Quran

No comments:

Post a Comment