Pada 18 Jun 2013 (Selasa), murid-murid PPKI SKTPP
telah menjalani satu sesi latihan sukaneka bersama-sama guru-guru PPKI. Antara
aktiviti yang dijalankan ialah bermain dengan gelung rotan, pundi kacang dan
juga terompah gergasi. Semua murid dikehendaki melakukan kesemua aktiviti bagi melatih mereka supaya lebih bersedia dan
berupaya melakukannya. Seterusnya, tapisan penyertaan murid-murid PPKI juga
turut dilakukan. Ini bertujuan untuk memastikan murid tersebut boleh atau
berupaya untuk melakukan aktiviti sukaneka tersebut. Berikut adalah
gambar-gambar yang telah dirakamkan sepanjang aktiviti tersebut berlangsung:
|
Murid-murid PPKI melakukan aktiviti pemanasan badan dahulu sebelum memulakan latihan. |
|
Guru menunjukkan cara bermain dengan gelung rotan |
|
Permainan dimulakan. |
Setelah
menjalani sesi latihan sukaneka, murid-murid PPKI pula dilatih untuk perbarisan
hari sukan. Murid-murid dibawa ke padang sekolah dan berarak mengelilingi
padang sekolah di bawah pengawasan guru. Antara gambar yang telah dirakamkan
adalah seperti berikut:
|
Murid-murid PPKI diletakkan dalam satu baris untuk memudahkan guru menyusun atur kedudukan murid dalam perbarisan |
|
Kedudukan murid-murid PPKI yang telah disusun mengikut ketinggian mereka. |
|
Angkat!Jatuh!Angkat, luruskan barisan. |
Disediakan oleh,
Rozaitul Ikhma Ab Razak
No comments:
Post a Comment