... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, July 9, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE-25 (SESI PAGI)

Hari     : Isnin
Tarikh : 8 Julai 2013
Masa  : 7.30 pagi hingga 8.30 pagi

GURU BERTUGAS

      1)    Encik Saifullah Mat Saupi (K) 
      2)    Puan Nik Kamisah Mohd Aziz  
      3)    Encik Srimahathevan Vadivelu
      4)    Puan Rosmizawati Yusub
      5)    Puan Mazzaini Muda
      6)    Puan Jamilulail Mohd Junit
      7)    Puan Nor Fairuzah Ahmad Ramli
      8)    Puan Nahdatul Sima Mat Kairan

LAPORAN:
1.0  Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar 
1.1 Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah 
1.2  Bacaan Doa oleh pengawas, Mohd. Amir bin Shafizal (6 Nuri) 
1.3  Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Aziz Azwan Karim, Guru Praktikum (P.Khas) 
1.4  Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas Sesi Pagi, Nur Anis Zarith Sofea binti Zam Azizul (6 Tiung).

2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas ( Puan Azlina)
2.1 Ucapan tahniah kepada semua murid kerana berjaya mempraktikkan budaya memberi salam di sekolah.
2.2 Murid diminta untuk menyusun kerusi sebelum meninggalkan bilik darjah walaupun pergi ke makmal komputer ataupun perpustakaan agar kelas sentiasa berada dalam keadaan kemas.
2.3 Murid dinasihatkan agar menyusun semula terompah yang digunakan untuk masuk ke tandas di atas rak.
2.4 Murid diminta untuk berdiri tegak dan berhenti berjalan ketika nyanyian lagu Negaraku, Lagu Sekolah dan Lagu Negeri Selangor, Bacaan Doa dan Ikrar jika datang lewat.

3.0  Perkataan LAWAD Minggu Ini.
3.1 Bahasa Melayu       : Sejagat – sedunia,antarabangsa
3.2 Bahasa Inggeris      : Celebrate – rai
3.3 Bahasa Arab            : Asatul Sadisah – pukul enam

4.0 Keceriaan Kelas Bagi Minggu ke-25
4.1 PPKI  : Tempat pertama – Bestari
                  : Tempat kedua – Kreatif
                  : Tempat ketiga – Proaktif
4.2 Tahun 4 : Tempat pertama – Wira
                   : Tempat kedua – Waja
                   : Tempat ketiga – Exora
4.3 Tahun 5 : Tempat pertama – Balau
                   : Tempat kedua – Seraya
                   : Tempat ketiga – Keruing
4.4 Tahun 6 : Tempat pertama – Helang
                   : Tempat kedua – Merpati
                   : Tempat ketiga - Tiung

5.0 Ucapan Guru Bertugas. (Encik Aziz Azwan bin Karim)
Tema: Manisnya Sabar
5.1 Definisi
5.1.1     Dari sudut bahasa – menahan
5.1.2     Dari sudut istilah – kekuatan jiwa untuk menahan diri dari berakhlak                             buruk apabila munculnya sesuatu.
5.2 Faedah, kebaikan atau kelebihan mengamalkan sifat sabar
5.2.1     Mendapat pahala, Allah beri jalan atau petunjuk untuk bantu orang lain.
5.2.2     Orang sekeliling hormat.
5.2.3     Disenangi oleh semua orang.
5.3 Kepentingan sabar pada bulan Ramadhan
5.3.1     Sabar dalam menahan lapar dan dahaga
5.3.2    Puasa adalah ibadat yang sangat sesuai dan boleh membentuk sifat sabar.

6.0  Pelancaran Majlis Ihya Ramadhan ( Puan Hamizah )
Objektif
6.1 Menyedarkan tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan al-Mubarak
6.2 Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan sunat lain
6.3 Memberi peluang warga sekolah memberi sumbangan ikhlas dalam saham akhirat
6.4 Menggalakkan ibadah membaca al-Quran dalam kalangan guru dan pelajar
6.5 Menghayati dan mengimarahkan ibadat puasa dengan amalan sedekah dan solat sunat serta merapatkan lagi ukhwah sesama Islam
Aktiviti
1)    Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan
2)    Risalah Ramadhan
3)    Salam Akhirat
4)    Tadarus Al-Quran
5)    Tayangan video sirah Nabi Muhammad
6)    Majlis Khatam Al-Quran

7.0 Ucapan  Encik Jamilulail bin Junit
7.1  Murid Tahun 6 dikehendaki menyediakan gambar berukuran passport dan melengkapkan surat akuan dan surat kebenaran ibu bapa dan serahkan pada guru kelas masing-masing selewat-lewatnya minggu ini.
7.2 Bagi murid yang masih tidak memiliki gambar berukuran passport diminta untuk berjumpa dengan Encik Kamarul.
7.3 Murid Tahun 6 diminta untuk merujuk angka giliran masing-masing di papan kenyataan.
7.4 Makluman tentang lawatan murid Tahun 6 ke Langkawi.  Bayaran sebanyak RM250.00 dikenakan, namun bayaran boleh dibuat secara ansuran.

8.0 Ucapan GPK Kokurikulum (Encik Ahmad Fuadi)
8.1 Memberi nasihat kepada murid agar tidak mengabaikan solat walaupun pada bulan Ramadhan
8.2 Murid diminta untuk membuat persediaan berkaitan dengan ujian PKSR 2 yang akan berlangsung.

9.0 Pengumuman
9.1 Ujian PKSR 2 akan dijalankan pada 9 Julai hingga 19 Julai 2013.  Diminta semua murid membuat persediaan dan mengulang kaji pelajaran
9.2 Pada hari Sabtu ini bersamaan dengan 13 Julai 2013 ada sekolah ganti untuk cuti jerebu pada 24 Jun 2013 yang lalu.
9.3 Makluman tentang bulan Ramadhan yang dijangka bermula pada hari Rabu iaitu 10 Julai 2013. 



Penyampaian hadiah kelas terbersih

Guru-guru yang bertugas sepanjang minggu ini

Aktiviti bacaan Al-quran dan terjemahan oleh murid (6 Nuri)

Ucapan GPK Kokurikulum En Ahmad Fuadi
Perhimpunan tamat pada jam 8.30 pagi

Disediakan oleh : Louisa Rini Anak Maren (Guru Praktikum P.Khas)

No comments:

Post a Comment