Tarikh: 29 Julai 2013
Masa: 7.30 pagi hingga 8.40 pagi
GURU BERTUGAS:
1) Mohd Kamarul Rahman (Ketua)
2) Nor-Azura Mustafa
3) Norhana Nordin
4) A'ishah Mohd Nor
5) Juli Mahbah
6) Norshakila Rusly
7) Norhanawati Alinda
8) Roseniza Setapa
LAPORAN:
1 1.0 Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
1.1 Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
1.2 Bacaan Doa oleh pengawas, Muhammad Syazwan bin Sa'ari (6 Tiung)
1.3 Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn Roseniza Binti Setapa
1.4 Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas Sesi Pagi, Nur Anis Zarith Sofea Binti Zam Azizul
(6 Tiung)
2 2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn Khairon Najmi Binti Haron)
2.1 Kehadiran murid ke sekolah.
Didapati semakin ramai murid yang datang lewat dan tidak hadir ke sekolah tanpa
sebab.
Diharap semua murid dapat mendisiplinkan diri untuk hadir ke sekolah lebih awal
2.2 Sikap tidak menghormati majlis ilmu.
Masih ramai murid yang berlari-lari, bermain dan membuat bising ketika sesi Tadarus
Al-Quran berlangsung di Dewan Perdana. Diharap murid yang tidak terlibat dengan sesi
Tadarus Al-Quran akan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti menyiapkan kerja
rumah atau membaca buku.
3 3.0 Keceriaaan Kelas Bagi Minggu ke-27
3.1 PPKI : Tempat Pertama - Bestari
Tempat Kedua - Kreatif
Tempat Ketiga - Proaktif
3.2 Tahun 4 : Tempat Pertama - Wira
Tempat Kedua - Waja
Tempat Ketiga - Exora
3.3 Tahun 5 : Tempat Pertama - Balau
Tempat Kedua - Seraya
Tempat Ketiga - Keruing
3.4 Tahun 6 : Tempat Pertama - Tiung
Tempat Kedua - Helang
Tempat Ketiga - Merpati
4 4.0 Perkataan LAWAD Minggu ini
4.1 Bahasa Melayu : Kisi-kisi - palang/jeriji
4.2 Bahasa Inggeris : Mouse - tetikus
4.3 Bahasa Arab : Al-arnabu - arnab
5 5.0 Ucapan Guru Bertugas (Pn Roseniza Binti Setapa)
Tema: Menghormati Hak Orang Lain
5.1 Menghormati hak orang lain adalah perkara dasar dalam kehidupan bermasyarakat. Ia
juga adalah antara prinsip yang paling dituntut dalam agama.
5.2 Hak terbahagi kepada dua iaitu hak secara fizikal dan hak secara lahiriah.
5.3 Hak secara fizikal merujuk kepada harta benda yang dimiliki oleh seseorang itu yang
tidak boleh diambil atau digunakan tanpa kebenaran.
5.4 Hak secara lahiriah merujuk kepada maruah, kehormatan serta harga diri seseorang
individu itu yang perlu dihormati setiap masa.
6 6.0 Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah Sempena Bulan Bahasa Tahun 2013
(Pn Mazzaini Binti Muda)
Acara yang dipertandingkan
6.1 : Pra Sekolah - Tulisan Cantik dan Pantun
6.2 : PPKI - Huruf Vokal Tersembunyi dan Permainan Bahasa
6.3 : Tahun Empat - Ganda Huruf dan Sajak
6.4 : Tahun Lima - Syair dan Silang Sinonim
6.5 : Tahun Enam - Pidato dan Delapan Kekata
7 7.0 Ucapan Guru Besar (Encik Sukimin Bin Juki)
7.1 Murid dinasihatkan supaya tidak bermain bunga api atau mercun kerana ia amat
berbahaya.
7.2 Semua murid Tahun Enam perlu bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang
tinggal beberapa hari lagi.
7.3 Semua guru dan murid perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, sentiasa
mempunyai sifat bantu membantu dalam apa jua situasi dan sentiasa berusaha untuk
mengubah perlakuan ke arah yang lebih baik.
8 8.0 Pengumuman
8.1 Makluman tentang penggunaan makmal pada hari ini adalah seperti berikut:
Makmal 1 - 5 Seraya
Makmal 3 - 4 Alza
8.2 Penggunaan tablet - 5 Jati
Antara paparan semasa perhimpunan:
Barisan guru bertugas |
Pemenang keceriaan kelas PPKI |
Salah seorang pemenang pertandingan Bulan Bahasa |
Pemenang pertandingan Bulan Bahasa bagi kategori Prasekolah |
No comments:
Post a Comment