Tuesday, July 2, 2013

PELANCARAN BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH (SESI PETANG)

PELANCARAN BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH (SESI PETANG)                   

Program Bulan Bahasa anjuran Panitia Bahasa Malaysia SKTPP merupakan program tahunan yang dinantikan saban tahun. Tema bulan bahasa pada kali ini adalah “Bahasa Asas Perpaduan”.  Program Bulan Bahasa ini akan berlansung sepanjang bulan Julai bermula 1 Julai 2013 sehingga 29 Julai 2013.  Antara objektif yang disasarkan adalah untuk:

  1. Memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan
  2. Mencungkil bakat murid-murid dalam pelbagai aktiviti
  3. Memberi keyakinan dalam diri murid-murid
  4. Menambahkan minat murid dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia
  5. Memupuk semangat dan kerjasama dalam kalangan guru dan juga murid

Antara aktiviti dan pertandingan yang akan dijalankan untuk murid-murid sesi petang adalah seperti:

Tahun 1                   : Cari Benda Tersembunyi dan Bercerita
Tahun 2                   : Mencari Sisip Suku Kata dan Bersajak
Tahun 3                   : Membentuk Kata dan Bercerita

Majlis pelancaran Bulan Bahasa Malaysia telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Petang, En. Rosdin Bin Ibrahim.  Dalam ucapan ringkas, beliau mengajak semua murid untuk tampil melibatkan diri dalam setiap pertadingan yang anjurkan.  Beliau juga mengingatkan murid-murid untuk bersungguh-sungguh dalam menyertai sesuatu pertandingan dan mengharapkan agar program ini akan berjalan lancar dan mendapat penglibatan semua murid.

Gambar-gambar sekitar Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Malaysia 2013

Ucapan perasmian oleh En. Rosdin Ibrahim, Guru Penolong Kanan Petang SKTPP

En. Rosdin memalu gong dan memotong riben menaikkan banting sebagai acara simbolik Pelancaran Program Bulan Bahasa 2013.


 

 









 

No comments:

Post a Comment