Tuesday, July 30, 2013

PERTANDINGAN EDUCATIONAL BLOGGING PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-5

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menganjurkan Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan Kali ke-5 bermula pada 01 Julai 2013. Sehubungan itu semua ibu bapa dan murid-murid SK Taman Putra Perdana dipelawa untuk menyertanya.

Objektif pertandingan tersebut adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti dalam penulisan blog serta berkongsi kandungan blog tersebut.

Antara kategori pertandingan :
  1. Pelajar dan guru sekolah
  2. Pelajar dan pensyarah IPTA/IPTS
  3. Sekolah
  4. Terbuka
Pendaftaran boleh dibuat secara online di http://ict.upsi.edu.my/ictday mulai 01 Julai 2013
Tarikh tutup penyertaan ialah 04 Oktober 2013.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://ict.upsi.edu.my/ictday. Pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan kepada pihak urusetia di talian 015-48117556 (Siti Munirah Binti Ahmad), 015-48117917 (Norashikin Binti Zainal Abidin) atau 03-87069450/012-2200327 (En Mohamad Halim bin Sahri-Unit Kokurikulum Akademik Pejabat Pelajaran Daerah Sepang).



Disediakan oleh : Puan Noor Hafizan binti Che Abdul Rahman
                            Setiausaha PIBG sesi 2013


No comments:

Post a Comment