... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, July 2, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE-24 (SESI PETANG)




Hari      :   Isnin
Tarikh   :  1 Julai 2013
Masa    :  6.00 petang hingga 6.40 petang

GURU BERTUGAS:
1)     Encik Rusydan bin Ismail
2)     Puan Ainul Balkhish bt Mohd Aris
3)     Puan Nor Shabariah bt.Awang Ngah
4)     Puan Saadiah bt Busrah
5)     Puan Norazah bt Mohd Ali
6)     Puan Nor Azian bt Ahmad

LAPORAN:

1.0  Nyanyian, Bacaan Doa, dan Ikrar

1.1        Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah

1.2        Bacaan Doa oleh pengawas, Ashraff Aqashah  (3 Zeta)

1. 3            Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Ainul Balkhish bt Mohd Aris

1. 4       Ikrar Murid oleh pengawas,Alya Fariha bt Azairry


2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas ( Puan Grace )

2.1               Kipas dan lampu – masih ada beberapa buah kelas yang tidak menutup lampu dan kipas semasa rehat dan ketika keluar ke bilik-bilik khas.
           
2. 2             Murid-murid diberi ingatan supaya tidak membeli makanan di luar sekolah.

2.3        Murid-murid tidak dibenarkan bermain di tempat letak kereta guru dan di lobi sekolah.

2.4        Murid-murid diingatkan supaya tidak berjalan melalui dataran perhimpunan.


3.0   Keceriaan Kelas Bagi Minggu ke-24

3. 1            Tahun 1:
                        Tempat pertama            – Hematology
                        Tempat kedua               – Anestesiology      
                        Tempat ketiga              –  Radiology

3. 2       Tahun 2   :
Tempat pertama            – Marikh
                        Tempat kedua               – Zuhrah                   
                        Tempat ketiga               – Musytari

3. 3       Tahun 3    :
Tempat pertama            – Alfa
                        Tempat kedua               – Zeta                    
                        Tempat ketiga               – Delta
3.4 Tahniah diucapkan kepada kelas 1 Hematologi, 2 Marikh dan 3 Alfa kerana telah memenangi hadiah kerana menduduki tempat pertama selama 3 minggu berturut-turut.


4.0  Ucapan Guru Sukan. (Pn. Nik Rosmaliza)

4.1               Memandangkan latihan sukan ditangguhkan maka murid-murid dibenarkan memakai baju sukan semasa waktu Pendidikan Jasmani sahaja.

4.2        Murid tidak dibenarkan memakai baju sukan jika tidak ada Pendidikan Jasmani pada hari tersebut.              
         
5.0  Pelancaran Bulan Bahasa 2013 ( Pn. Jumilah)

5.1        Bulan bahasa akan diadakan mulai 1 Julai hingga 29 Julai 2013.
   
5.2        Tujuan bulan bahasa diadakan ialah bertujuan untuk :
            - mencungkil bakat murid dalam aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.
            - memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

5.3        Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah pertandingan bercerita untuk Tahun 1 dan 3 serta pertandingan sajak untuk Tahun 2

5.4        Pelancaran bulan bahasa sesi petang telah dirasmikan oleh En. Rosdin b. Ibrahim.


6.0  Penyampaian Hadiah sempena Sambutan Isra’ dan Mikraj ( Pn Wan Sarinah)

6.1        Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang bagi Sambutan Isra’ dan Mikraj

6.2        Seramai 3 orang murid tempat pertama, kedua dan ketiga serta 1 hadiah saguhati setiap kelas telah diberikan untuk murid-murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.


7.0 Pengumuman

7.1        Kelas tasmik berjalan seperti biasa

7.2        KokurikulumTahun 3 pada hari Rabu ini ialah Sukan dan Permainan.


Perhimpunan tamat pada jam 6.40 petang



Berikut ialah gambar-gambar sekitar perasmian Program Bulan Bahasa dan penyampaian hadiah sempena Program Israk Mikraj 


                            








No comments:

Post a Comment