Friday, August 5, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke -18. ( Sesi Pagi)

Selamat Datang Minggu 18.
1 - 5 Ogos 2022.

Hari pertama dimulakan dengan Perhimpunan Rasmi pagi Isnin.
Perhimpunan rasmi  dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
Disusuli dengan bacaan doa oleh Adik Aliff, bacaan ikrar oleh Adik Irdina Sofie serta ucapan laporan Guru Bertugas Minggu 17 oleh Pn. Norliza Mohd Nor.

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan Guru Bertugas iaitu Pn. Fatin Huzaikka.
Barisan Guru Bertugas Minggu Ke- 18 diterajui oleh Guru Kumpulan F:
1. Pn. Fatin.
2. Pn. Ayuni.
3. Pn. Norziani.
4. Pn. Nurliza.
5. Pn. Norbaizura.
6. Pn. Hanawati.
7. Pn. Norhayati.
8. Pn. Mas Ayu.
9. Pn. Azlina.
10. Pn. Parimala.
11. En. Ahmad Zunaidi.
12. En. Rusydan.

Barisan Guru Bertugas Kumpulan F.

Pn. Fatin bertugas sebagai Pengacara Majlis meraikan kehadiran murid-murid ke sekolah serta mengucapkan tahniah atas kehadiran murid-murid. Pn. Fatin menyampaikan perkataan LAWAD.
LAWAD:
Atas pagar:Tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Carry: Bawa
لحظة: سبنتر.

Pn. Fatin mengetuai Bacaan Ikrar.

Irdina Sofie, mengetuai bacaan Ikrar Murid.

Pn. Noriza Mohd Nor menyampaikan Laporan Minggu Ke-17.

Pn. Noriza mengingatkan murid-murid agar sentiasa menjaga kesihatan. Selain itu murid-murid perlu mematuhi peraturan serta sentiasa berpakaian bersih dan kemas, menjaga kebersihan kelas dan persekitaran sekolah.

Ucapan oleh Pn. Rohaidah, Guru Besar SKTPP.

Pn. Rohaidah mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah serta mengingatkan supaya sentiasa  menjaga kesihatan diri. Pn. Rohaidah juga mengingatkan agar murid-murid dapat menyanyikan lagu rasmi ketika perhimpunan dengan mengikut muzik.

Minggu ke-18 merupakan minggu yang padat dengan pelbagai aktiviti dan program buat warga SKTPP.
Ada suka, ada duka. Semuanya menjadi kenangan buat semua.  Rangkuman aktiviti minggu ini dialbumkan seperti dalam video di bawah.

Selamat menonton..


Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selesai sudah tugasan Guru Kumpulan F menjalankan tugas sepanjang minggu ini dengan lancar sekali.

Semoga SKTPP terus maju dan gemilang dalam segala aspek. Tahniah para guru mendidik dan membimbing anak bangsa tanpa mengenal erti penat. Semoga para guru menjadi guru yang berkualiti yang mampu melahirkan ribuan manusia yang hebat yang tinggi ilmu dan budinya. Insha Allah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment