Friday, August 5, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-18 (Sesi Petang)

Hari           : Isnin hingga Jumaat

    Tarikh        : 1 hingga 5 Ogos 2022

        Kumpulan : F

1.  Mohammad Hasbullah bin Zainal Abidin (K)
2.  Rusmami bin Rusli (P)
3.  Ahmad Junaidi bin Abdullah
4.  Roslelawati binti Ibrahim
5.  Norhidayu binti Sadri
6.  Nur Malisha binti Omar
7.  Nor Maziah binti Abd Malek
8.  Nurazlin binti Mat Nor
9. Siti Aisah binti Hanafi 

Laporan guru bertugas dimulakan dengan hari pertama guru bertugas iaitu hari Isnin, 1 Ogos 2022. Guru bertugas menyambut kehadiran murid di setiap pintu pagar masuk ke sekolah. Tugasan ini dilakukan sepanjang minggu bertugas. Berikut ialah gambar-gambar murid yang sempat dirakam.

Sesi persekolahan dimulai dengan menyambut kehadiran murid di setiap pintu pagar

Amalan menjaga kebersihan amat diutamakan

Murid terus menuju ke dewan 

    Seterusnya, murid berkumpul di dewan untuk majlis perhimpunan mingguan. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Selepas itu, bacaan doa oleh adik Akmal Zikri manakala bacaan ikrar oleh adik Annisa Jannah.

 
Barisan para guru sesi petang mengaminkan doa

Pengawas bertugas Annisa Jannah memimpin bacaan ikrar dengan bimbingan guru bertugas


Pengacara Majlis Cikgu Nurazlin menyampaikan tajuk dan perkataan LAWAD

    Hargai Masa sebagai tajuk ucapan yang perlu disampaikan pada minggu ini. Cikgu Nurazlin menerangkan tentang maksud masa itu emas dan kepentingan menghargai masa serta ciri-ciri orang yang menghargai masa. LAWAD bagi minggu ini ialah ☆Bahasa Melayu : meraut  meratakan atau melicinkan
☆Bahasa Inggeris : 'motivated' bermaksud bertekad ataupun bermotivasi
☆Bahasa Arab : khubzun 'خُبْزٌ' iaitu roti.

    Majlis diteruskan dengan memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini dengan tema baju berwarna kuning.

Guru bertugas dengan tema baju berwarna kuning sedia berkhidmat sepanjang minggu bertugas

Cikgu Arzah selaku guru bertugas pada minggu lepas sedang memberikan laporan pada minggu lalu

    Cikgu Arzah selaku guru bertugas pada minggu ke-17 membuat laporannya iaitu tentang makan di kantin. Beliau mengingatkan agar murid makan di kantin sahaja. Seterusnya beliau juga meminta murid agar tidak membuang sampah di merata-rata. Murid diminta mengutip sampah jika ternampak semasa berjalan dan dijadikan amalan. Akhir sekali, beliau memohon murid agar tidak berlari tanpa arahan supaya tidak jatuh dan tercedera.

Puan Siti Raudah menyampaikan ucapan beliau

    GPK Petang, Puan Siti Raudah mengingatkan semua murid agar tidak memakai baju sukan tetapi memakai uniform lengkap pada setiap hari Isnin. Selain itu, beliau juga memaklumkan tentang perubahan waktu rehat yang melibatkan tahun satu dan tahun tiga. Kedua-dua tahun ini akan rehat bersama maka diingatkan untuk menggunakan masa dengan sebaik mungkin memandangkan rehatnya sekejap. Murid tahun dua pula diminta peka dan cakna dengan perubahan waktu rehat mereka. Puan Siti Raudah juga memaklumkan pentaksiran akan dijalankan pada tarikh yang telah ditetapkan. Murid-murid diingatkan untuk tidak ponteng sekolah tanpa sebab sepanjang pentaksiran dijalankan. Perhimpunan tamat selepas berakhirnya ucapan beliau. 

Pergerakan murid masuk ke kelas masing-masing


    Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu guru bertugas iaitu mengawal murid pada waktu rehat. 

Rehat murid terkawal sambil diawasi oleh Cikgu Hasbullah

Cikgu Nurazlin mengawal murid supaya tidak berlari-lari semasa rehat

Pelbagai bangsa, wujud toleransi antara murid semasa rehat. Menikmati makanan di satu meja yang sama.
 Tahniah.

Puan Ani, staf yang komited menjalankan tugas supaya persekitaran sekolah bersih

Cikgu Maziah memantau murid membeli makanan di kantin


Program Mentor-Mentee

Program dijalankan pada hari Selasa, 2 Ogos 2022 dari jam 1.00 petang hingga 2.00 petang oleh barisan mentor yang telah ditetapkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Keseluruhan perjalanan program berjalan lancar. Berikut ialah rangkuman video bagi program ini.



Sambutan Hari Lahir Murid

Unit Guru Penyayang berbincang dengan persetujuan Puan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah untuk mengadakan sambutan hari lahir pada 4 Ogos  2022, Khamis. Unit Guru Penyayang juga berbesar hati menyediakan kupon Domino's kepada guru kelas yang berminat untuk membuat tempahan.

      Pada tahun ini berbeza cara sambutannya berbanding tahun-tahun yang lepas. Sambutan dibuat di dalam kelas dan diraikan bersama-sama mentor. Waktu rehat murid digunakan untuk menjalankan sambutan ini. Penglibatan dan sumbangan ibu bapa sangat mengujakan dan bersemangat untuk menyumbang makanan dan wang ringgit bagi menjayakan sambutan. Hal ini sangat dihargai dan diharap dapat dikekalkan. Moga dengan hubungan baik pihak sekolah dan ibu bapa dapat menjayakan sambutan dan majlis lain pada masa akan datang demi untuk kebajikan anak-anak di SKTPP.

        Sepanjang majlis guru bertugas amat mementingkan aspek kebersihan. Murid diingatkan supaya tidak membuang sampah atau lebihan makanan di merata tempat. Lebihan makanan dibungkus dan dibawa balik ke rumah. Pekerja kebersihan turut memberi kerjasama menyediakan plastik sampah. Murid didapati mematuhi peringatan yang diberikan oleh guru bertugas dan kelas didapati dalam keadaan bersih sebelum sesi petang tamat. Kerjasama semua amat dihargai.

       Perjalanan sepanjang sambutan dirakam dan divideokan bagi menjadi kenangan pada masa akan datang. 



Majlis Sejambak Kasih, Sekalung Budi Puan Norhamizah binti Hamzah, Puan Parimala a/l Vengadaslam dan Puan Nurul Azean binti Mohd Salleh.

Majlis diadakan pada hari Jumaat, 5 Ogos 2022 pada jam 2.30 petang hingga 3.40 petang di bilik RBT dengan bertemakan warna ungu. Sekolah kehilangan tiga orang kakitangan sekolah yang amat komited dalam menjalankan tugas mereka. Jasa mereka tidak terbalas dengan wang ringgit. Terlalu banyak kenangan yang telah tercipta sepanjang mereka bertugas di SKTPP

        Majlis dihadiri oleh para pentadbir dan juga YDP PIBG. Guru-guru sesi petang mengambil peluang di majlis ini untuk merakam gambar kenangan dan saling bermaaf-maafan serta memberi cenderamata tanda penghargaan atas jasa mereka. Didoakan moga ikatan persahabatan kekal dan terus saling berhubung antara satu sama lain walaupun tidak bertugas di tempat yang sama. Berikut ialah video gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung.



Video yang dihasilkan oleh Puan Malisha dan Cik Noor Azlinda

    Dengan berakhirnya hari persekolahan pada hari Jumaat tersebut maka berakhirlah tugas guru-guru bertugas bagi minggu ke-18. Sebarang kekurangan di sepanjang minggu bertugas kami guru-guru bertugas memohon maaf.


Disediakan oleh:
Siti Aisah binti Hanafi

No comments:

Post a Comment